So, sampai rumah nenek sehari sebelom raya...
sedara yang lain masih belum sampai.
time tu just berbuka puasa then siapkan keperluan untuk memasak esok pagi...lepas da siap, kol 11 malam ktorg 1 family pergi jalan-jalan kat Parit Sulong.
malangnya, nenek dengan makcik taknak ikot.
so, sesudah sampai dekat sana, memang ramai orang...
jualan mega sales malam raya..
perh...memang sesak giler. kalau pergi awal pagi lagi ramai.
kat situ, ayah saya beli capal, baju melayu.
lepas tu, saya bodek ayah untuk beli selipar...haha.
nasib baik dapat!! mood ayah saya sangat baik hari tu.
adik bodek beli baju manchester city pon dapat jugak..hahaha!!
memang untong sgt2.
lepas dah pusing-pusing, kol 1 lebih kita orang balik.
badan da penat gile..:P
1st day RAYA -
macam biasalah, tlong my mom dengan makcik kat dapur...
Petang pulak ramai sedara dah balik kampung.
kecoh tu xtau la nak cakap kan..
xterkira la..hahaha!!
malam raya pertama, kami ada buat baca tahlil arwah dan sedikit taklimat mengenai
persatuan family besar kami ini.
Actually sudah hampir 6-7 tahun persatuan ini ditubuhkan..
bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kami semua.
lepas taklimat, ada jamuan makan sikit sebelom berehat sbb esoknya kami ada buat marhaban
ke rumah sedara yang terdekat area batu pahat sahaja.
Marhaban memang setiap tahun buat.
Sudah menjadi rutin apabila raya.
Memang Syokk sangat!!!
2nd day RAYA -
bangun pagi n siap-siap untuk pergi marhaban.
sebelum berangkat, kita orang tunggu rombongan anak beranak Maklong.
Lepas itu, kita orang marhaban di rumah nenek dahulu dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang lain.
lebih kurang 9 buah rumah kita ziarah untuk marhaban.
Penat memang penat tapi seronok giler...
berjalan sakan sampai ke malam.
Ye la...nama pon raya kan.
betol x??
so saksikanlah pict yang disnap sepanjang hari raya ke-2 kami.
posing sudah semestinya.
Selepas marhaban, kita orang disajikan dengan hidangan makanan.
Sesi bacaan doa selepas marhaban.
Makan lagi!!
kali ni makan dekat rumah Pak Sarip.
thanks yep.
4 dara pinggitan...haha!!
posing adalah hobi kami...
sudah menjadi rutin ye. :P
sesi makan durian di Rumah pakcik.
Marhaban di rumah terakhir iaitu rumah maklong.
So, Inilah serba sedikit gambar yang dapat saya kongsikan dengan anda.
Apa yang ingin saya katakan disini adalah
"Sedarilah bahawa keluarga dan saudara mara merupakan anugerah yang terbaik
yang harus kita semua hargai dan sayangi selamanya"
Saya sayang family besar saya.
koranglah the best.
LOVE YOU ALL!!!
Sekian daripada saya.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
JIKA ADA SALAH DAN SILAP, HARAP DIMAAFKAN.