Popia kentang


Assalamualaikum...
hola hola hola..
da lme menyepi drpd wall blog ni...
actually byk cerita yang nak dikongsikan..
byk jugk resepi yang nak dikongsikan..
namun, keadaan tidak mengizinkan..

okeyh, back to our topic,
harini saya nak kongsikan resepi popia kentang yang saya buat.


POPIA KENTANG


Bahan-bahan:

Kentang dalam 8-9 biji (potong dadu kecil)
seketul ayam (bahagian dada) yang dicincang kecil
1 paket kecil serbuk kari ayam
1 1/2 atau 2 ulas bawang merah *blend
3 @ 4 ulas bawang putih *blend
Garam
Gula
Ajinamoto
(beberapa helai daun kari jika suka)
sedikit air
Kulit popia

Cara membuatnya:

1. Rebus kentang bersama dengan ayam. Jangan sampai kentang jadi terlalu lembik.
2. Setelah rebus, toskan kentang dan ayam tersebut dan ketepikan. Air rebusan jangan dibuang.
3. Tumis bawang merah dan putih yang sudah diblend tadi bersama sedikit minyak masak.
4. Masukkan serbuk kari yang dibancuh bersama sedikit air ke dalam kuali tersebut.
5. Biarkan dan masukkan garam dan ajinamoto.
6. Masukkan daun kari jika suka.
7. Masukkan sedikit gula.
8. Last sekali, masukkan kentang dan ayam yang direbus tadi dan gaul.
9. Masukkan sedikit air rebusan jika kering.
10. Setelah ok dengan rasanya, bolehlah ditutupkan api dan bia kentang tersebut sejuk sebentar.
11. Ambil kulit popia dan lipat seperti yang anda inginkan.
12. Setelah siap, bolehlah digoreng ataupun dibuat frozen.

*anda juga boleh jadikan lipatan tersebut seperti segitiga iaitu samosa. bergantung
kepada minat dan kretiviti anda.

*hidangan ini adalah sebanyak 35-45keping popia. bergantung kepada cara lipatan anda.

SELAMAT MENJAMU SELERA!!

kesepian diri ini


Assalamualaikum..
ingin aku memulakan bicara...
ingin aku meluahkan rasa..
apa yang terpendam di hati ini..
tiada siapa yang tahu dan mengerti..

aku bukan ingin menagih kasih..
aku bukan ingin meminta simpati...
hanya menginginkan perhatian..
untuk hati ini yang makin menyepi...

dimanakah kamu...
dimanakah kalian...
sedang aku memerlukan kamu semua...
namun kamu tiada
aku mengerti, kamu semua ada komitment tersendiri...

aku sahaja yang masih di takuk lama..
sampai kapan??
semakin kau begini, semakin kau akan sendirian....
berubahlah ke arah yang lebih baik...
untuk diri kau...

 
♥ Copyright © 2014 ♥