Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan resepi kuih karipap..
Alhamdulillah...
semakin lama, semakin mahir buat kuih karipap..
kalau dulu, kulit tebal, xde mesin..
memang susah dan payah..
hihihi.
ok. jom scroll ke bawah utk lihat bahan-bahannya..
KUIH KARIPAP KENTANG
Bahan-bahan :
Kulit Karipap:
1 kg tepung gandum
200-250 marjerin
1 - 1 1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
Inti karipap :
8-10 biji ubi kentang atau lebih (buang kulit dan potong dadu)
1-2 ketul isi ayam (potong kecil-kecil)
1 paket kecil serbuk kari ayam adabi (boleh lebihkan kalau suka)
3-4 ulas bawang putih (kisar)
4-5 ulas bawang merah (kisar)
setangkai kecil daun kari
Garam, ajinamoto dan gula
minyak untuk menumis
Sedikit air
Cara-caranya:
1. Adunkan bahan kulit karipap hingga menjadi doh. Uli sampai benar-benar lembut. Ketepikan.
2. Rebuskan kentang dan juga ayam.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan putih. masukkan sekali daun kari. tunggu sampai naik bau.
4. bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam bahan tumis tadi. Kacau seketika.
5. Masukkan garam, ajinamoto dan gula...kacau hingga sebati.
6. Tambahkan sedikit air dan masukkan kentang yang telah direbus bersama dengan ayam tadi.
7. Masak hingga kering. angkat dan lecekkan inti ini. Jangan terlalu hancur atau halus.
8. Ulikan doh dan canaikan sederhana nipis dengan menggunakan mesin karipap.
9. Terapkan doh pada acuan karipap. Masukkan sekali inti ke dalam kulit yang telah diterap. Tutupkan acuan. Keluarkan dan dan susun pada loyang. Buat hingga habis adunan.
10. Panaskan minyak. Goreng karipap hingga masak dan garing. Sedia untuk hidangan.
SELAMAT MENCUBA!! ^_^