Donut Monut Saya :)



Assalamualaikum buat pmbaca diluar sana..

Disini saya nak kongsikan resepi kuih donat pula.
tidaklah special apa pun..
Namun hanya mampu bersyukur kerana kuih ini menjadi juga even tidaklah secantik mana pun.
hihihihihihi.
Actually dah lama buat, tp baru ada kesempatan untuk post di blog ni..

KUIH DONUT (20-35)


Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung gandum
3/4 gram mentega/buttercup
Secubit kecil garam
1/2 atau 1 paket yeast mauripan
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu susu cair
secawan air suam
sedikit air (jika diperlukan)
*untuk topping (boleh taburkan gula castor atau cairkan coklat putih @ hitam dan celupkan ke donut)

Cara-cara:
1. Bancuh yeast dengan air suam dan sedikit gula. Kacau dan biarkan sampai kembang.
2. Sementara itu, Ayak tepung dan masukkan sedikit garam dan mentega.
3. Gaul tepung, susu cair, dan mentega hingga berderai (ala-ala breadcrumbs)
4. Masukkan bancuhan yeast tadi ke dalam adunan tepung.
5. Gaul/uli hingga sebati. Uli sampai adunan tidak melekat di tangan.
6. Biarkan doh naik sebentar baru canai untuk diterapkan ke acuan donut.
7. setelah siap diterap, biarkan sampai ia naik kembang lagi.
8. Setelah itu, goreng donut tersebut. biarkan hingga perang sedikit baru diangkat dan ditoskan minyak.
9. Gaul dengan gula kastor atau coklat.

SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2014 ♥