Apam Seri Ayu Kukus


Assalamualaikum

Hari ini saya nak kongsikan resepi apam seri ayu yang petang tadi saya buat....
Alhamdulillah menjadi even xberapa cantik sangat.
Resepi ini pon saya amik daripada internet..
Zaman sekarang ni dunia di hujung jari je kan..betol x??
Daripada xpandai masak pon boleh memasak. hehehe.
kan kan kan?
Jom ikuti saya.

APAM SERI AYU


Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 240 gram gula pasir
  • 240 ml susu cair
  • 1 camca perisa pandan
  • 270 gram tepung gandum
  • 1 camca ovallate
  • Pewarna hijau
Bahan utk kelapa:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • sedikit garam
  • 1 camca tepung ubi
Cara-caranya:
  1. Gaulkan kelapa parut bersama dengan tepung ubi dan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Pukul gula & telur hingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan ovallate dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi.
  4. Agak-agak telur tadi dah kembang (diangkat tak jatuh), masukkan susu cair dan tepung sambil dipukul rata.
  5. Kemudian masukkan perisa pandan dan perwarna hijau. Gaul rata.
  6. Pada tekap apam seri ayu ini, sapukan sedikit minyak agar acuan tidak melekat.
  7. Masukkan kelapa tadi ke dalam tekap dan tekan sedikit.
  8. Kemudian, masukkan acuan tadi diatas kelapa tersebut.
  9. Kukus selama 15 atau lebih. Angkat dan boleh dihidangkan.
  10. Peringatan!! Semasa menyediakan acuan, pastikan pengukus telah dipanaskan dengan api sederhana.


SELAMAT MENCUBA!!!

Kek Pandan Saya :)


Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah..
masih bernafas pada hari ini utk berkongsi cerita terbaru..

Baru-baru ini, my mom sudah merealisasikan impian saya untuk beli oven baru...
huhu. seronok wei...
masa sebelum beli, semangat nak buat kek gn coookies membara dan menyala...
pastu lepas dah beli, terbiar je 1 minggu lebih oven tu dok terperap...
akhirnya, misi buat kek dah datang..
hahaha.
nak kata perfect kek tu, xdelah.
cuma bahagian tengah kek tu xmasak..
hahaha. kalau nak bagi masak lagi, takot hangus pulak..
masa tu pon buat sendiri...
mak belum balik kerja...hahaha.
lepas mak balik, my mom pon kata, kite potong bahagian yg da masak dan asingkan..
pastu baru bakar blik bahagian yang xmasak tu..
huhuhu.
xpelah. nak buat macam mana kan...
kita amik ini sebagai satu cabaran...oke!!
jangan mudah mengalah ye Ika.
lagipon first time buat...biasalah tu kan..
budak baru belajar...HAHAHA :P
tarrraaaa...NIDIA kek pandan buatan saya dan resepinya.


Bahan-bahan : 
  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 1 sudu besar baking powder
  • 5 biji telur (dipukul)
  • Pewarna hijau

Cara Membuatnya :
1. Pukul marjerin dan gula sehingga kembang.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
3. Apabila sudah kembang, masukkan perisa pandan dan sedikit pewarna hijau.
4. Masukkan telur yang telah dipukul. Kacau.
5. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
6. Sapu permukaan loyang dengan marjerin agar kek tidak melekat. Setelah itu tuang adunan ke dalam loyang.
7. Bakar hingga masak.

Ramadhan Datang Lagi!!!


Assalamualaikum

Hari ini hari pertama seluruh umat Islam berpuasa.
Alhamdulillah....syukur kepada yang maha Esa kerana masih berpeluang untuk bernafas lagi pada hari ini.
em, aktiviti pada bulan puasa ini, xada yang special pon..
malam tadi mengerjakan solat terawih.
untuk sahur pon, xde menu yang special pon...biasa-biasa sahaja.
xperlu membazir oke!!

Cuma berharap agar bulan ramadhan ini, semua amalan kita dapat diterima dan mendapat keberkatan daripada Allah.
Amin.

Last sekali, Selamat berpuasa kepada Seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.
Puasa tau. Jangan tak puasa. hihi!!
 
♥ Copyright © 2014 ♥