Apam Seri Ayu Kukus


Assalamualaikum

Hari ini saya nak kongsikan resepi apam seri ayu yang petang tadi saya buat....
Alhamdulillah menjadi even xberapa cantik sangat.
Resepi ini pon saya amik daripada internet..
Zaman sekarang ni dunia di hujung jari je kan..betol x??
Daripada xpandai masak pon boleh memasak. hehehe.
kan kan kan?
Jom ikuti saya.

APAM SERI AYU


Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • 240 gram gula pasir
  • 240 ml susu cair
  • 1 camca perisa pandan
  • 270 gram tepung gandum
  • 1 camca ovallate
  • Pewarna hijau
Bahan utk kelapa:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • sedikit garam
  • 1 camca tepung ubi
Cara-caranya:
  1. Gaulkan kelapa parut bersama dengan tepung ubi dan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Pukul gula & telur hingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan ovallate dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi.
  4. Agak-agak telur tadi dah kembang (diangkat tak jatuh), masukkan susu cair dan tepung sambil dipukul rata.
  5. Kemudian masukkan perisa pandan dan perwarna hijau. Gaul rata.
  6. Pada tekap apam seri ayu ini, sapukan sedikit minyak agar acuan tidak melekat.
  7. Masukkan kelapa tadi ke dalam tekap dan tekan sedikit.
  8. Kemudian, masukkan acuan tadi diatas kelapa tersebut.
  9. Kukus selama 15 atau lebih. Angkat dan boleh dihidangkan.
  10. Peringatan!! Semasa menyediakan acuan, pastikan pengukus telah dipanaskan dengan api sederhana.


SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2014 ♥