Ubat Resdung


Assalamualaikum buat pembaca diluar sana..

Hari ini admin nak berkongsi mengenai 1 ubat...buat pengetahuan semua, admin memang mempunyai penyakit resdung. Admin perasan yang admin start kena resdung ini sewaktu admin berada di semester 2 time belajar dulu. Kalau tak silap admin, masa itu tahun 2010. Cuba bayangkan, dah 3 tahun lebih admin bertarung dengan penyakit resdung ini. Seriusly, memang rasa seksa sangat-sangat. Tiap pagi kena bersin, hidung berair, mata dengan hidung gatal-gatal, banyak lagilah. Masa itu, admin langsung tak ada makan ubat apa-apa. Sekarang ini, baru nak berjinak-jinak untuk mencari ubat resdung ini. Yelah, resdungkan boleh membawa bahaya. Yang paling takut sekali, resdung ini boleh menjadi kanser jika dibiarkan. Ish, seram. Sebab itulah, admin cepat-cepat nak cari ubat resdung ini.

Admin selalu tengok ada rawatan resdung asap yang buang lendir hingus itu. Actually, admin memang tak pernah cuba. Admin ini seorang yang penakut. Tapi, dalam takut-takut jugak, admin pernah cuba rawatan resdung asap yang tak keluarkan lendir hingus tapi dia just keluarkan hama resdung. Rawatannya bernilai Rm30.00 untuk satu kali sesi. Tapi itu mengikut kepada harga yang kedai itu tawarkan. Setiap peniaga, lain harganya. Kadang-kadang ada yang bernilai Rm40.00 atau RM50.00 untuk satu kali sesi bagi rawatan asap hama atau asap lendir. Untuk rawatan asap hama ini memerlukan banyak sesi. Itu daripada apa yang peniaga kedai yang admin pergi itu. Seriusly, admin memang tak mampu nak buat rawatan begini. Kadang-kadang admin rasa membazir pulak. Tapi, itu semua bergantung kepada individu masing-masing. Kalau anda ada duet, bolehlah buat rawatan asap ini. Rawatan ini memang ada dimana-mana sahaja. Jangan risau. ^_^

Okeyh, sekiranya anda takut atau tidak mempunyai bajet yang besar untuk mengubati penyakit resdung ini, bolehlah cuba ubat resdung Al-Taqwa Resdung atau Mujarab Resdung Plus. Ubat ini berbentuk kapsul. Admin dapat tahu mengenai ubat ini melalui facebook. Cuba lihat gambar dibawah:

 

Ini dia ubatnya..Apa perbezaan antara kedua-dua ubat ini? Actually, ubat Mujarab Resdung Plus yang berwarna oren ini lebih sesuai untuk pesakit resdung pada tahap biasa. Manakala Al-Taqwa Resdung ini pula untuk pesakit resdung pada tahap yang teruk. Kedua-dua ubat ini sangat bagus. Admin pula makan ubat Al-Taqwa Resdung sebab penyakit resdung admin sangat teruk rasanya. Admin baru makan 4-5 biji...so, nak kata perubahan tu, admin tidak tahu sebab admin tak perasaan. Tapi my mom said, admin dah kurang bersin. Peniaga yang jual ubat ini pon kata, actually dalam seminggu kita dah boleh nampak perubahannya. So, admin akan sentiasa bersabar. Demi kesihatan, admin sanggup lakukan apa sahaja. Tak salah jika kita mencuba. Betol tak??



Bengang


Assalamualaikum...

hari ini tetiba je nak kongsi kebengangan aku pada semua sekian yang ada..
Ini semua gara-gara en.boyfie...
semalam pergi keluar dengan si dia..
kitorang plan nak beli cincin...
(wau, cincin??)
express cik ika ni kan..
hahaha...actually si dia nak beli awal dulu...tapi rancang tunangnya tahun depan..
lambat lagilah..okeyh.haha.
kebetulan sekrang ini, emas tengah turun harga...
serius!! rugi kalau tak beli..
so, sebab itulah en.boyfie nak beli awal2...^_^
nanti emas dah naik harga, banyak susah ooo...haha.
masa tengah tengok2 kat kedai tu, ya Allah..memang ramai orang.
Staf kedai tu pon tak cukop orang.
lepas da tunggu lama sambil tengok2 daripada meja kaca tu...
aku pon suruh si dia tunggu kejap...
aku nak merayap pergi jalan2 kejap.
nak tengok kalau2 ada lagi x kedai emas kt deret situ..
so, lepas aku balik semula kt kedai tadi,
en.boyfie dah marah2 aku.
dia cakap aku ini merayap mana je...
sebab tadi dah ada staf datang...pastu kebetulan orang tak ramai kat situ...
so, si dia marah lah...time tu orang lain dah datang pulak...
dah jadi ramai sikit...
mestilah si dia marah...panas hati.
tapi yang buat aku bengang ni, si dia tu marah aku sampaikan ada sorang customer ni perasan.
bengang sey...budak pompuan tu asyik tengok je aku..
mana tak malu..so, time tu.....aku teros dah xde mood nak tengok cincin...
hati dah xde dah nak tengok cincin ni semua...xde perasaan dah.
tapi, aku still buat relax je...takot pulak budak tu perasan.
so, control jelah.
last2, lepas dah pilih dan bayar...ktorg pon jalan.
dan en.boyfie mintak maaf kat aku...^_^
hahaha...cute pulak mase tu..
em, apa yang da lepas biarkan lepas...
apa pon, aku tetap sayang dia...cewah!!


ok semua...itu je nak cerita.
maaflah kalau aku ni terlalu open pulak sampaikan nak cerita benda2 cenggini.
tapi nak buat cam mana...blog ni da macam dairi aku lah..
so, apa aku kesah...betol tak?
hahaha...
wassalam semua.

My Cousin's Wedding


Assalamualaikum abg2, kakak2 dan adik2 yang cantek2 dan molek2.

Hai...dah lama rasanya tak update blog ni...
dah berhabuk dan bersawang dah ni..haha.
apa pon tak boleh.
em,hari ahad aku pergi majlis kahwin cousin aku.
namanya Bujal..anak mak long aku.
lain kan nama dia? actually itu memang nama sedara-mara panggil dia..
reasonnya tak tahu lah kenapa..haha.
okeyh..fokus pada cerita tadi, aku dengan family gerak hari jumaat malam sabtu.
pergi awal sikit sebab sabtu tu untuk majlis pihak belah perempuan.
kita orang kena hantar rombonganlah.
so, malam sabtu tu, familyku tidur rumah nenek kat kampung dulu.
dah lama tak datang..sejak raya tahun lalu.
lepas itu, lewat tengahari sabtu, barulah pergi ke rumah maklong then teros ke rumah pengantin perempuan.
em, agak grand jugak lah majlis belah perempuan.
10 kanopi...gila xbanyak. hahaha.
makanan pon sedap2 jugak.
lepas tu, kami semua pon balik...

sudut pemandangan daripada rumah maklong aku

em, malam ahad tu family aku tido plak kat rumah maklong aku..
yelah, hari ahad kan majlis belah lelaki pulak...
ofcos lah kena tido rumah maklong aku..
lagipon, my mom telah ditugaskan untuk menjadi chef makan damai nanti..
macam orang kuat bhgian2 dapur la gitu...haha.
so, malam ahad xde buat apa sangat...
just tolong pasang telur dekat bunga pohor...
lebih kurang gitu lah sebutannya...xtau lah betol ke salah ejaannya. ^_^
then bla bla bla....kami pon tido. (haha..poyo. tido pon nak cerita)
after that, pagi ahad tu, aku terbangun awal pulak sbb resdung ni menyerang...
maybe sbb bukak kipas kuat sangat kot.
serius!! aku memang tak boleh sejuk sgt time tido..nanti mula lah ulat2 resdung ni menari2 kat hidung aku...HAHA.
so, pagitu...mulalah operasi untuk masak makan damai.
aku ditugaskan untuk potong2 bahan2..
haha...cewah. cam poyo pulak rasenye.
lepas tu wat wrapping..then lepas siap, apa lagi...get ready lah.
pakai baju cantek2...nanti kang tetamu dah datang, xkan tak siap lagi kan.
(cehhh...macam kita pulak nak sanding...haha)
lepas tu...tak ada buat benda sangat.
lagipon maklong aku ni guna khidmat katering...memang senang sikit.
rumah pon xberselerak sangat.
actually, itulah yang selalu orang buat sekarang.
pakai katering je...mudah, senang...tak pening kepala...
betol tak?
lepas tu, rombongan pengantin berarak pon tiba...

time ni lepas pihak belah perempuan balik...snap la hobi kami.
(mereka berdua ni cousin aku...tapi bawah umur la)
terasa diri ini dah tua...haha.

lepas kedebang kedebung...majlis pon selesai.
syukur alhamdulillah. Selamat jugak majlis kahwin cousinku.
petang tu, masing2 kemas sikit2, then bungkus makanan..
lepas tu balik...^_^

kedua mempelai

p/s > buat bujal a.k.a cousinku, selamat pengantin baru diucapkan kepada kamu berdua. semoga dipanjangkan jodoh, dikurniakan anak soleh dan solehah dan bahagia hingga ke akhirnya. Amin.

malas nak cerita panjang lebar...mood nak menaip tak ada
pape pon, thanks sudi baca.
Assalamualaikum.

 
♥ Copyright © 2014 ♥