My Cousin's Wedding


Assalamualaikum abg2, kakak2 dan adik2 yang cantek2 dan molek2.

Hai...dah lama rasanya tak update blog ni...
dah berhabuk dan bersawang dah ni..haha.
apa pon tak boleh.
em,hari ahad aku pergi majlis kahwin cousin aku.
namanya Bujal..anak mak long aku.
lain kan nama dia? actually itu memang nama sedara-mara panggil dia..
reasonnya tak tahu lah kenapa..haha.
okeyh..fokus pada cerita tadi, aku dengan family gerak hari jumaat malam sabtu.
pergi awal sikit sebab sabtu tu untuk majlis pihak belah perempuan.
kita orang kena hantar rombonganlah.
so, malam sabtu tu, familyku tidur rumah nenek kat kampung dulu.
dah lama tak datang..sejak raya tahun lalu.
lepas itu, lewat tengahari sabtu, barulah pergi ke rumah maklong then teros ke rumah pengantin perempuan.
em, agak grand jugak lah majlis belah perempuan.
10 kanopi...gila xbanyak. hahaha.
makanan pon sedap2 jugak.
lepas tu, kami semua pon balik...

sudut pemandangan daripada rumah maklong aku

em, malam ahad tu family aku tido plak kat rumah maklong aku..
yelah, hari ahad kan majlis belah lelaki pulak...
ofcos lah kena tido rumah maklong aku..
lagipon, my mom telah ditugaskan untuk menjadi chef makan damai nanti..
macam orang kuat bhgian2 dapur la gitu...haha.
so, malam ahad xde buat apa sangat...
just tolong pasang telur dekat bunga pohor...
lebih kurang gitu lah sebutannya...xtau lah betol ke salah ejaannya. ^_^
then bla bla bla....kami pon tido. (haha..poyo. tido pon nak cerita)
after that, pagi ahad tu, aku terbangun awal pulak sbb resdung ni menyerang...
maybe sbb bukak kipas kuat sangat kot.
serius!! aku memang tak boleh sejuk sgt time tido..nanti mula lah ulat2 resdung ni menari2 kat hidung aku...HAHA.
so, pagitu...mulalah operasi untuk masak makan damai.
aku ditugaskan untuk potong2 bahan2..
haha...cewah. cam poyo pulak rasenye.
lepas tu wat wrapping..then lepas siap, apa lagi...get ready lah.
pakai baju cantek2...nanti kang tetamu dah datang, xkan tak siap lagi kan.
(cehhh...macam kita pulak nak sanding...haha)
lepas tu...tak ada buat benda sangat.
lagipon maklong aku ni guna khidmat katering...memang senang sikit.
rumah pon xberselerak sangat.
actually, itulah yang selalu orang buat sekarang.
pakai katering je...mudah, senang...tak pening kepala...
betol tak?
lepas tu, rombongan pengantin berarak pon tiba...

time ni lepas pihak belah perempuan balik...snap la hobi kami.
(mereka berdua ni cousin aku...tapi bawah umur la)
terasa diri ini dah tua...haha.

lepas kedebang kedebung...majlis pon selesai.
syukur alhamdulillah. Selamat jugak majlis kahwin cousinku.
petang tu, masing2 kemas sikit2, then bungkus makanan..
lepas tu balik...^_^

kedua mempelai

p/s > buat bujal a.k.a cousinku, selamat pengantin baru diucapkan kepada kamu berdua. semoga dipanjangkan jodoh, dikurniakan anak soleh dan solehah dan bahagia hingga ke akhirnya. Amin.

malas nak cerita panjang lebar...mood nak menaip tak ada
pape pon, thanks sudi baca.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2014 ♥