Ayam Masak Lemak Cili Api


Assalamualaikum

Kembali saya untuk share menu lagi di ruangan blog ini.
Hari ini saya nak kongsikan resepi Ayam Masak Lemak Cili Api.
Meskipun menu ini sangat mudah untuk disediakan, tapi jujur saya bagitahu, sebelum ini saya tidak pernah buat resepi ini. Memang tidak pandai.
So, Alhamdulillah...akhirnya dapat buang juga sifat malas ini dan semakin lama perasaan cintakan masakan semakin membuak-buak...HAHA.
Okeyh, jom saya kongsikan resepinya.


Ayam Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan :
  • Ayam
  • Cili padi Hijau
  • Kunyit
  • Santan Pekat
  • Santan Cair
  • 1 Batang serai
  • 1 keping Asam keping
  • Garam
  • Ajinamoto

Cara-cara :
  1. Tumbuk Cili Padi bersama dengan kunyit sehingga lumat.
  1. Ketuk batang serai
  1. masukkan ayam, santan cair, asam keping, serai dan bahan tumbuk tadi ke dalam kuali.
  1. Hidupkan api dan biarkan.
  1. Kacau sedikit2.
  1. Setelah ayam sudah agak empuk dan santan tadi da mula kering sedikit, masukkan santan pekat, garam serta ajinamot. Dan biarkan.
  1. Sekiranya agak tawar, bolehlah masukkan garam lagi.
  1. Setelah siap, hidangkan.

Selamat mencuba ye kawan-kawan
Resepi yang sangat mudah.
^_^


No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2014 ♥