Ikan Masak Sambal Cili Padi & Sayur Sawi Goreng

Hello Hello Hello
Assalamualaikum semua


em, arini lepas bangun, perot terasa lapar pulak...so, pegi geledah peti sejuk...tgok apa yang boleh dimasak.nampak ikan&ayam, sayur sawi, kobis, dengan kacang panjang....ape lagi, tros memulakan projek untuk MEMASAK ye...tengok dari tajuk pon da boleh tahu kita amik bahan ape kan...IKAN dan SAWI...yang lain2 tolak tepi ye...okeyh. hehehehe.


~IKAN MASAK SAMBAL CILI~

actually my mom yang letak nama ni...name sebetol2nya kita xtau la ye...
hehehe



Bahan-bahan :
  •  ikan apa2 pon ( time ni kita guna ikan selar mata besar)
  •  serbuk kunyit
  • Garam
  • 1 biji Bawang merah besar ( setengah potong dadu & setengah untuk ditumbuk)*
  • 2 biji bawang putih*
  • 10 atau lebih Cili padi Hijau*
  • Lobak Merah (potong dadu)
  • Serai (diketuk)
  • sedikit Ajinamoto
  • gula
  • air asam jawa
  • sedikit air
  • minyak masak

Cara-cara :
  1. Ikan disalut serbuk kunyit dan sedikit garam...kemudian goreng dan setelah selesai, ketepikan.
  1. Tumbuk bahan yang bertanda * iaitu bawang merah, bawang putih dan cili padi
  1. Kemudian masukkan sedikit minyak masak lalu masukkan bawang merah yang dipotong dadu tadi.
  1. setelah naik bau sedikit, masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau sekejap.
  1. Masukkan juga sekali sedikit garam, ajinamoto dan gula.
  1. Selang 30 saat, masukkan lobak merah yang dipotong dadu serta serai. Kacau lagi.
  1. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa...dan masukkan juga sedikit air. kacau sebati... (sekiranya anada rasa kuahnya agak pedas sedikit, boleh la tambah sedikit gula lagi..)
  1. Setelah anda berpuas hati dengan rasa kuahnya, last sekali anda boleh masukkan ikan yang digoreng tadi...gaul sekejap dengan kuah tersebut dan boleh diangkat....SIAP!!

***************************************

yang ini lauk sayur sawi goreng....


simple dan mudah kan?? so, anda boleh cuba dirumah ye..
sekiranya ada kelainan yang ingin anda kongsikan dalam menu masakan ini, sila komen dibawah. Saya ini hanya baru berjinak2 dalam ilmu masakan...saya terima segala komen negatif mahupun positif...dan saya akan amik sebagai kata2 semangat...


okeyh...
bye semua...
Assalamualaikum...
         

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2014 ♥