Rindu Teramat ~ Festival Layang-layang



Assalamualaikum....
hola hola hola....como esta??


em, arini kita nak meluahkan rase rindu di dalam ati....
hope korg sudi dengar lah ye...
Actually kan, kita rindu nak pergi Festival Layang2 Sedunia kat PASIR GUDANG.
dulu time belajar selalu lepak with my BFF ~aiza & ekin~
xkira mase...kalau xbusy or xde kuliah...
confirm2 kita gi jalan2 kat festival ni..
pagi petang siang malam...xkira mase.
hehehe
tapi ape yang MENARIK sangat??
kalau saudara dan saudari nak tahu, festival layang2 ni dibuat 1 kali dalam setahun pada bulan FEBRUARI sahaja...
lokasi yang dipilih untuk acara ini adalah di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.
kenapa mesti kat situ??
erm...reason yang sebetol2nya, kita tidak tahu lah..
tapi mungkin disebabkan faktor tanah keluasannya yang besar dan sesuai untuk aktiviti riadah dan acara terbesar ini...
dan festival ini juga menjadi salah satu cara untuk mempromosikan negeri JOHOR
kepada pelancong2 tempatan mahupun diluar negara...
Melalui acara festival ini, penduduk tempatan dan para pelancong dapat melihat pelbagai jenis
bentuk dan warna layang2 yang dibuat oleh peserta2 yang mendaftarkan diri dalam acara di festival ini.
mereka akan bertanding untuk mendapat piala, sijil, hadiah, atau apa2 jelah...
kita pon tidak pasti sangat...
tapi mmg ade pertandingan...xkanlah dorg nak datang suka2 je kan...
betol x??hahaha.

apa yang menarik lagi dekat festival ini, anda2 diluar sana dapat membeli belah
pelbagai jenis jualan yang dijual oleh penduduk tempatan.
mereka akan menyewa lot untuk berniaga di festival layang2 ini melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
terdapat gerai2 pakaian, makanan ringan, makanan berat, gerai menjual layang2 dan banyak lagi.
memang tak terkira..
tidak lupa juga, disitu anda juga boleh mendapatkan informasi di booth pameran jabatan2 tertentu.
Diantaranya, booth Tourism Johor, Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan dan lain-lain lagi.
Mereka ini semua merupakan badan yang bertanggungjawab dalam mempromosikan Malaysia serta Johor pada pelancong domestik dan antarabangsa.

Selain itu, banyak juga aktiviti yang diadakan di Festival ini.
Konsert artis tempatan juga ada...
hebat tak??
hahaha..
setiap tahun, orang ramai akan membanjiri Bukit Layang-layang untuk sama2 memeriahkan
acara Festival Layang2 terbesar ini.
memang sesak dan penuh dengan orang...SERIUS!!!
tempat parking kereta pon penuh...sampaikan orang ramai sanggup parking jauh dan berjalan kaki semata2 untuk pergi ke festival ini.
tapi tak apalah, bagus juga untuk kesihatan...
berjalan kaki juga merupakan satu senaman kan...
betol tak??
em, okeyh... mari lihat antara gambar2 yang saya ambil drpd internet untuk tontonan semua...
mana lah tahu kamu2 semua akan tertarik untuk pergi ke festival ni...
hehehe.


yang ini antara contoh layang2 yang dipamerkan...
cantek x??kreatif kan??
rugi kalau xpergi...
SERIUS!!~

cer tgok ni...sesak x??
memang sesak giler...
walaupon sesak, orang ramai tetap xputus2 datang ke sini....
terima kasih atas perhargaan orang ramai yang memeriahkan festival layang2 ni..


sementara masa masih sempat lagi,
jemputlah datang ke FESTIVAL LAYANG2 SEDUNIA 2013...
yang bermula pada 20-24 Februari 2013 (Rabu-Ahad)
anda berpeluang untuk menyaksikan acara yang besar ini...
tinggal hari ini dan juga esok...
JANGAN KETINGGALAN!!!
okeyh...

k lah...bye semua.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2014 ♥