JDT tetap dihati :P


Assalamualaikum

Hari ini baru lepas tengok perlawanan Johor Darul Takzim (JDT) vs Kelantan.
Keputusan akhir Johor DT  0 - 1  Kelantan
Seronok memang seronok dapat tengok...
sokong tetap sokong..
tapi itu pon dapat sokong dekat depan Tv di rumah je lah..
Nak pergi Stadium Bukit Jalil memang tak lah kan...hahaha.

Apa-apa pon, Tahniah diucapkan buat pasukan Kelantan kerana menang Piala FA pada tahun ini.
Walaupun hampa, sedih, pasrah, kecewa dan macam-macam lagi lah,
namun rakyat Johor kena terima hakikat ye.
Kita kena sentiasa sokong.
Dapat masuk Final pon merupakan 1 perkara yang boleh dibanggakan..betol tak?
Jadikan ia sebagai satu detik permulaan untuk terus bangkit dan terus bersemangat.

We are Johorean will supports you all.
Don't forget about that.
(ceh, speaking pulok)

Dalam kesedihan ini juga, saya still ada rasa agak kurang puas hati dengan 
beberapa pemain JDT.
Selalu sangat saya tengok pasingan tak betul.
Lambat pick-up, lambat kejar bola...
tapi nak buat macam mana kan, semuanya dah berakhir.
perlawanan sudah pon melebuhkan tirainya.
Cuma saya berharap agar pihak Jurulatih dapat mengenalpasti 
kelemahan passing pemain agar dapat diperbaiki lagi.
Em, itu just my opinion.
Peminat tidak salah menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing...betol tak??

Apa-apa pon JDT tetap dihati untuk selama-lamanya.
LUASKAN KUASAMU
!!!HARIMAU SELATAN!!!

Wassalam.

OMG!! Jerebu >>


Assalamualaikum wahai pembaca diluar sana.
Mula-mula sekali, saya ingin meluahkan rasa bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah memberi saya nafas untuk hidop lagi di dunia ini.
Alhamdulillah kesihatan pun baik.
Syukur Ya Allah.

Di bulan Syaban yang penuh mulia ini, kita dikejutkan dengan keadaan cuaca jerebu 
yang melanda negara kita.
Pembakaran berlaku daripada negara jiran yang mungkin disebabkan faktor cuaca panas dan kering.
Tidak mengapalah. Kita harus menerima ujian Allah ini dengan hati yang ikhlas dan pasrah.
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Namun, jerebu yang melanda baru-baru ini adalah yang paling dahsyat yang pernah berlaku sebelom ini.
Hal ini kerana, tahap bacaan IPU jerebu di kawasan Muar, Johor adalah di tahap paling berbahaya iaitu 746 dan diisyhtiharkan 'DARURAT' pada hari Ahad 23 Jun 2013.
Memang terkejut jugak bila dengar berita mengenai itu.

Tapi alhamdulillah..keadaan jerebu agak kurang berbanding sebelom ini.
Pada mulanya, jerebu hanya berlaku di negara Singapura dan beberapa buah daerah di negeri Johor.
Kemudian, asap jerebu itu mula beralih ke negeri-negeri lain di Malaysia.
Diharapkan, dengan keadaan jerebu sebegini, kita dapat mencegah daripada mendapat sebarang penyakit dengan memakai topeng muka atau mask.

Hal ini kerana, jerebu ini bukan sahaja membawa asap tetapi juga terdapat bau bahan terbakar pada asap jerebu tersebut.
Keadaan ini amat membahayakan kesihatan orang ramai.
Antara penyakit-penyakit yang boleh dijangkiti akibat jerebu ini adalah batuk, pedih mata @ sakit mata, sesak nafas dan sebagainya.
Oleh itu, pencegahan awal perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan tubuh badan kita tidak dijangkiti oleh asap jerebu ini.

Sekian. Wassalam


Apam Kukus Polkadot


Assalamualaikum

Ari ini saya nak kongsikan resepi Apam Polkadot Kukus yang saya dan emak saya buat tempoh hari...
Harap anda boleh mencubanya dirumah...sangat mudah dan simple.

APAM POLKADOT KUKUS

Bahan-bahannya:
  • 2 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovelette 
  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 atau 1 cawan susu cair
  • pewarna ikut citarasa (biru, merah hijau dan sebagainya)
  • 1 sudu esen vanilla
  • inti : blueberry, strawberry, kelapa dan sebagainya
  • Papercup
  • (boleh tambah - 2 sudu teh baking powder = diayak sekali bersama tepung gandum jika suka)
cara -caranya:
  • pukul telur putih sampai kembang
  • kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.
  • pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
  • masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
  • bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  • masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
  • Masukkan papercup ke dalam bekas loyang khas utk apam seperti dibawah:


  • picit adunan ke dalam papercup (masukkan dalam setengah dahulu)
  • letakkan inti
  • picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh > kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
  • kukus 10-15 minit.



    Nasi Lemak


    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi resepi nasi lemak.
    Mungkin ramai sudah tahu tapi sharing is caring, kan?
    hihihihi ^_^

    NASI LEMAK


    Bahan-bahan untuk nasi:-
    • Beras
    • Santan (1 biji)
    • Daun Pandan (3 helai)
    • Hirisan halia (5 atau lebih)
    • Garam Secukup rasa
    Bahan untuk sambal tumis:-
    • Lada Kering (rendam boleh, rebus pon boleh)
    • 1 ulas Bawang Merah
    • 2 ulas bawang putih
    • Garam, Gula & Ajinamoto
    • Air Asam Jawa
    • Sedikit air
    Cara-cara memasak:-
    Untuk nasi >
    1. Masukkan beras, santan, daun pandan, hirisan halia dan garam secukup rasa kedalam periuk nasi dan biarkan sampai air kering.
    2. Setelah air kering, gaul nasi tersebut dan tutup kembali periuk nasi lagi.
    3. Biarkan sampai masak dan hidangkan.
    Untuk Sambal Tumis >
    1. Blend lada kering, bawang merah dan bawang putih.
    2. Masukkan ke dalam periuk bersama sidikit minyak.
    3. Biarkan bahan tumis sampai berbuih atau sedikit kering.
    4. Masukkan garam, gula dan sedikit ajinamoto. Gaul lagi.
    5. Masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit air putih.
    6. Gaul dan biarkan.
    7. Dah siap, hidangkan.

    Selamat Mencuba ^_^

    Khasiat Buah-buahan (part 2)





    BUAH NANGKA
    • Buah nangka mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A, vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niasin), vitamin B6 (pyridoxine), vitamin B9 (folat), vitamin C, protein, kalsium, besi, magnesium, fosforus, kalium (potassium), zink, tembaga, magan, selenium, lemak asli, asid lemak omega 3, asid lemak omega 6, serat pemakanan, karbohidrat dan kalori.
    • Buah nangka kaya dengan serat pemakanan sekaligus menjadikannya sebagai penjulap baik. Kandungan serat ini dikatakan mampu membantu untuk melindungi membran mukus usus besar (kolon) melalui cara mengurangkan masa pendedahan dan juga sebagai pengikat kimia penyebab kanser dalam usus besar.
    • Buah nangka segar adalah sumber terbaik vitamin. Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam buah nangka ini amat baik untuk penglihatan. Vitamin A juga diperlukan untuk mengekalkan keutuhan membran mukus dan kulit dan untuk merangsang kekebalan tubuh.
    • Pengambilan buah-buahan segar kaya dengan vitamin C mampu melindungi diri daripada kanser paru-paru dan gigi berlubang. Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan flavonoid seperti beta karotena dan lutien. Antioksidan ini amat berguna untuk melindungi diri daripada kanser usus besar, prostat, payudara, endometrium, paru-paru dan pankreas.


    BUAH OREN


    • Oren mengandungi Beta Carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara kesihatan sel-sel kita.
    • Oren mengandungi Kalsium, yang anda mungkin sudah maklum akan fungsi dan kepentingannya terhadap membina tulang dan gigi yang kuat
    • Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren.
    • Tekanan darah juga dapat diseimbangkan dengan magnesium yang dibekalkan oleh buah oren.
    • Demi menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam tubuh, potassium dalam buah oren dapat membantu.
    • Makanan yang kita ambil dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan thiamin yang terkandung dalam buah oren.
    Tips penting:
    Kulit buah oren yang bewarna putih sebenarnya mengandungi vitamin C yang lebih banyak berbanding isi buah oren itu sendiri. Jika ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi kesihatan  juga.





    BUAH ANGGUR
    • Anggur (grapes) yang dimakan terus atau dijadikan jus sangat baik untuk kebersihan dan kelicinan kulit, juga boleh membantu menjadikan awet muda. Anggur mengandungi gula buah, karotene, vitamin C dan vitamin B. 
    • Makan anggur dengan kerap boleh membantu membaiki penglihatan mata, memperelok sistem penghadaman dan mencegah asid urik lantas menjadikan organ hati bebas daripada toksin.
    • Anggur elok untuk mereka yang menghidap lemah saraf. Ia boleh menstabilkan hormon wanita dan membantu mencegah osteoporosis (rapuh tulang).
    • Anggur mengandungi kadar gula buah yang tinggi, elakkan makan terlalu banyak jika mengidap kencing manis. Jika memakan anggur, jangan terlalu banyak minum air kerana boleh mengakibatkan cirit-birit. 

    BUAH MANGGA

    Para ahli menyakini mangga adalah sumber karotenoid yang disebut beta crytoxanthin, ya itu bahan penumpas cancer yang baik. Mangga juga kaya vitamin antioksidan seperti vitamin C dan E. Satu buah mangga mengandung tujuh gram serat yang dapat membantu sistem pencernaan. Sebagian besar serat larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol agar tetap normal.
    Mangga memiliki sifat kimia dan efek farmakologis tertentu, yaitu bersifat pengelat (astringent), peluruh urine, penyegar, penambah napsu makan, pencahar ringan, peluruh dahak dan antioksidan. Kandungan asam(asid) galat pada mangga sangat baik untuk saluran pencernaan. Sedangkan kandungan riboflavinnya sangat baik untuk kesehatan mata, mulut, dan tenggorokan.
    Mangga pun berkhasiat membantu menyembuhkan berbagai penyakit, diantaranya radang kulit, influenza, asma, gangguan pengelihatan, gusi berdarah, radang tenggorokan, radang saluran napas, sesak napas dan borok. Selain itu juga boleh mengatasi bisul, kudis, eksim, perut memulas, diare, mabuk perjalanan, cacingan, kurang nafsu makan, keputihan, gangguan menstruasi, hernia dan rematik.

    BUAH STRAWBERRI

    • Manfaat Stawberry untuk Menurunkan Tekanan Darah dan Menurunkan Kadar Kolesterol -Salah satu manfaat strawberry adalah untuk menurunkan tekanan darah yang disebabkan oleh hipertensi. Hal tersebut karena kandungan potasium yang ada dalam strawberry. Selain itu, buah ini pun dapat membantu menurunkan kolesterol.
    • Manfaat Stawberry untuk Mengatasi Cancer - Strawberry diketahui menganding asam ellagic yang bisa membantu mengatasi cancer. 
    • Manfaat Stawberry Bagi yang memiliki Penyakit Diabetes - Buah yang satu ini sangat cocok untuk anda yang memiliki penyakit diabetes karena hanya sedikit mengandung gula. Zat anthocyanin yang dikandungnya dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mencegah masalah-masalah yang mungkin ditimbulkan dari diabetes.
    • Manfaat Strawbery untuk Anemia - Kandungan zat besinya yang tinggi mampu jadi asupan tambahan bagi sel darah merah, khususnya untuk wanita yang memang kerap kekurangan zat besi.  
    • Manfaat Strawberry Untuk kulit - Strawberry ampuh sebagai obat jerawat. Hal tersebut karena kandungan asam salisilat dalam strawberry. Untuk mengatasi jerawat, Anda bisa menjadikan strawberry sebagai masker.Strawberry juga dipercaya mampu mengaluskan dan mengencangkan kulit, membuat wajah menjadi lebih cerah, serta mencegah penuaan dini.
    • Manfaat Strawberry Untuk Memutihkan Gigi - Manfaat strawberry yaitu mampu memutihkan gigi. Tinggal digosokkan saja pada gigi Anda dan Anda akan mendapatkan gigi yang lebih putih.
    • Manfaat Strawberry Karena Banyak Kandungan Vitamin - strawberry mengandung beberapa jenis vitamin, diantaranya vitamin A, C dan E.Strawberry juga dipercaya dapat meningkatkan kekuatan otak dan baik untuk kesehatan mata jika dikonsumsi secara rutin.





    BUAH KIWI
    • Asid folik. Semua orang perlukan asid folik malah sumber semula jadi asid folik diperlukan untuk mencegah kecacatan saraf pada bayi serta pembangunan otak dan kognitif pada kanak-kanak.
    • Vitamin E. Jarang makanan rendah lemak apatah lagi buah-buahan menjadi sumber yang baik untuk vitamin E (baik untuk kesihatan jantung dan ciri antioksidan) tetapi kiwi adalah sumber semula jadi rendah lemak yang kaya dengan vitamin ini.
    • Kalium. Kadar kandungannya sama dengan pisang tetapi hanya mengandungi separuh daripada kalori. Baik untuk menyenggarakan tekanan darah dan kesihatan jantung.
    • Vitamin C. Kandungan vitamin C dalam buah ini dua kali ganda berbanding oren. Vitamin C membantu untuk melindungi diri daripada kerosakan akibat radikal bebas terhadap sel dan tisu malah vitamin itu juga membantu dalam penyerapan zat besi.
    • buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren,lebih banyak potassium daripada sebatang pisang, dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijiran kepingan sekam. 
    • Membantu untuk memulihkan fungsi sistem ketahanan tubuh.
    • Rendah kalori. Sebiji kiwi bersaiz sederhana menyediakan 65 kalori memandangkan 90 peratus daripada beratnya terdiri daripada air.
    • Magnesium. Sumber yang baik untuk magnesium yang membantu untuk membentuk dan      menguatkan tulang, merehatkan otot dan saraf serta melancarkan peredaran darah.
    • Buah kiwi ini juga sarat dengan phytonutrients yang sangat baik bagi tahap kesihatan kerana menghasilkan polyphenols, sebagai antioksidan dalam tubuh enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan mata. 



    BUAH APRIKOT
    • Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser payudara, kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus,Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lain-lain lagi.
    • Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing Manis, Jantung, Darah Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.
    • Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam darah.
    • Mengimbangkan kandungan gula dalam darah.
    • Meningkatkan kesihatan mental & memori.
    • Membersihkan arteri.
    • Mengurangkan masalah sakit sendi.
    • Membantu masalah buasir.
    • Berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.
    • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
    • Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan.
    • Mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv, gatal-gatal
    • & alahan.
    • Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung.
    • Menghaluskan kulit.
    • Anti penuaan. 


    BUAH PEAR
    • menurunkan demam / panas tubuh. 
    • mengencerkan dan menghilangkan dahak pada batuk berdahak 
    • Kandungan serat dan tembaga pada buah pir juga dapat mencegah terjadinya kanker kolon. 
    • Kandungan serat yang tinggi menjadikan buah pir juga sangat baik bagi penderita diabetes.Pengidap kencing manis seperti orang lain juga harus makan sekurang-kurangnya empat hingga lima sajian buah dan sayur-sayuran setiap hari. 
    • Hampir separuh daripada kandungan serat di dalam buah pir, terdiri daripada bahan pektin dan dari penelitian  menunjukkan bahwa pektin dapat  mengurangi risiko kolesterol serum di dalam darah.
    • Memakan buah pir juga dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung karena pir adalah  buah yang hampir tiada lemak dan  ttdak  mengandung  kolesterol.
    • Kendalikan Tekanan Darah 
    • Mengandungi Vitamin C dan K


    BUAH DELIMA

    • Buah Delima terkenal dengan nama 'superfruit' mengandungi antioksidan yang tinggi,terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
    • Kajian menunjukan buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk. Kajian keatas tikus makmal juga membuktikan delima mampu merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat. Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima mampu menstabilkan aras PSA.
    • Pengambilan buah delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras kolesterol jahat dan meningkatkan aras kolesterol baik. Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. 
    • Kajian juga menunjukan buah delima boleh mencegah penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer setelah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan.
    • Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera.


    Khasiat Buah-Buahan (part 1)


    Buah-buahan merupakan makanan yang sangat berkhasiat. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan di dunia ini. Ia mengandungi pelbagai jenis zat dan khasiat yang diperlukan oleh badan kita. Khasiat buah-buah ini adalah baik untuk mencegah kita daripada mendapat penyakit. Jom ikuti membongkar rahsia disebalik khasiat buah-buahan yang kita suka.


    PISANG
    Sebiji pisang membekalkan 35 peratus daripada keperluan vitamin B6 harian anda. Vitamin B6 yang juga dikenali sebagai piridoksina, penting untuk membantu badan menghasilkan sel baru yang sihat.

    Pisang kaya dengan kalium iaitu zat galian yang membentuk sebahagian daripada fungsi saraf dan otot. Kalium mencegah kekejangan ketika bersukan. Itulah sebabnya anda kerap melihat atlet makan pisang ketika berehat.

    Pisang juga sumber penting asid amino yang tidak boleh dikeluarkan oleh badan. Oleh itu, kita perlu mendapatkan asid amino daripada makanan. Asid amino adalah blok binaan untuk protein. Sebiji pisang membekalkan asid amino penting untuk tiga peratus protein harian.





    BUAH NAGA
    Satu hidangan buah naga membekalkan dua gram asid lemak tidak tepu yang sihat untuk jantung dalam bentuk asid lemak lineik dan asid lemak oleik yang terdapat daripada biji yang kita makan sebagai sebahagian daripada buah.

    Satu hidangan buah naga membekalkan lapan peratus zat besi yang membantu kesihatan fungsi sel darah merah untuk membawa oksigen ke sel.

    Beta karotena dan vitamin C dalam buah naga adalah antioksidan kuat yang membantu mencegah kerosakan sel berpunca daripada radikal bebas.

    Buah naga kaya dengan serat larut dan tidak larut yang membantu mengurangkan kolesterol makanan. Hasil penyelidikan menunjukkan bukti pengurangan sejumlah kolesterol apabila buah naga dimakan sepanjang tempoh lima minggu.


    EPAL MERAH
    Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.

    Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.

    Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.


    EPAL HIJAU 
    Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

    Epal hijau boleh membantu mencegah:
    * Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
    * Mengurangkan risiko penyakit jantung.
    * Membantu kesihatan membran paru-paru.
    * Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
    * Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
    * Membantu mengekalkan berat badan.
    * Mengurangkan tekanan penyakit asma.
    * Mengurangkan risiko barah.




    BUAH BETIK
    - Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.
    - Mengandungi antioksidan
    - Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan.
    - Baik untuk jantung
    - Membantu dalam pemulihan luka.



    JAMBU BATU
    - Berkesan dalam menurunkan kadar kolesterol dan tahap glukosa dalam darah.
    - Bahan antioksidan yang berkesan 
    - Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit 
    - Baik untuk sembelit
    - Jus Jambu Batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema.


    JAMBU AIR
    Potensi tersebut cukup besar, mengingat jambu air kaya akan antioksidan seperti vitamin C dan vitamin A. dalam 100 gram jambu air terdapat vitamin C hamper setara dengan jeruk mandarin yaitu sekitar 22 mg per 100 gram buah. Kandungan vitamin A-nya juga cukup tinggi, meskipun tidak setinggi jeruk mandarin tetapi jauh lebih tinggi daripada apple.
    Selain untuk mempercantik kulit, vitamin C berfungsi sebagai antioksidan yang memiliki manfaat untuk menjaga kesehatan sel, meningkatkan penyerapan asupan zat besi dan memperbaiki mutu sperma dengan cara mencegah radikal bebas yang merusak pembungkus sperma. Disamping sebagai antioksidan, vitamin C juga memiliki fungsi untuk menjaga dan memelihara kesihatan pembuluh kapiler serta kesihatan gigi dan gusi.
    Vitamin A sangat dibutuhkan untuk menjaga kesehatan mata, selain itu, vitamin A juga diperlukan untuk meningkatkan imunisasi tubuh. Hal ini disebabkan vitamin A dapat meningkatkan imunisasi tubuh. Hal ini disebabkan vitamin A dapat meningkatkan fungsi sel darah putih sebagai antibody dan antivirus.



    TEMBIKAI
    - Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapatkan kenser prostat dan penyakit kardiovaskular.
    - Biji tembikai ialah sumber protin yang baik
    - Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.
    - Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga
    - Dapat mengawal tekanan darah.


    TEMBIKAI SUSU
    1. Mengandungi potassium.  Pottasium mampu mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
    2. Bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah sodium.  Ciri-ciri ini dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
    3. Kandungan air yang banyak di dalam tembikai susu mampu membantu melembabkan kulit  dan membuatkan individu bertenaga walaupun di dalam cuaca panas.
    4. Mengandungi vitamin C yang tinggi.  Kandungan vitamin C ini dapat membantu mencantikkan kulit dan menyihatkannya.  Ia juga mampu melindungi diri individu daripada serangan penyakit.
    5. Ia mengandungi provitamin A, zink dan enzim-enzim penghadaman yang berkualiti.  



    NENAS
    - Mengandungi potassium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah.
    - Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan.
    - Membantu untuk membina tulang yang sihat.
    - Melindungi badan badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat.
    - Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semula jadi.

    BUAH DURIAN
    Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

    Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.



    DURIAN BELANDA
    -kaya dengan Acetogenin yang membantu menyerang dan membunuh sel sel kanser secara efektif dan semulajadi, dan secara selektif tanpa menyerang sel sel baik lain di dalam badan, dan menurut kajian saintis perubatan , ianya adalah AGEN ANTI SEL KANSER 10000x lebih baik daripada rawatan Kemoterapi.

    - Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo
    - Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan
    - Mengawal tekanan darah
    - Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik
    - Mengurangkan kandungan gula dalam darah




    KELAPA MUDA
    1. Minuman Isotonik Alami - Air kelapa dikatakan minuman isotonik alami yang membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh. Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Ia membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu mengandung memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Dehidrasi semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem, mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
    2. Memperkuatkan sistem pertahanan tubuh - Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh wanita hamil. Ia juga berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam susu ibu mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiku diabetis, kanser dan HIV yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun baby dalam kandungan.
    3. Membantu Pencernaan - Air kelapa dipercayai mampu memperbaiki fungsi pencernaan dan membersih usus sekali gus mengelakkan masalah sembelit. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan yang tinggi. 
    4. Meningkatkan HDL - Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL-high density lipoprotein) dalam sistem tubuh.
    5. Memudahkan Proses Bersalin - Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.






     
    ♥ Copyright © 2014 ♥