OMG!! Jerebu >>


Assalamualaikum wahai pembaca diluar sana.
Mula-mula sekali, saya ingin meluahkan rasa bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah memberi saya nafas untuk hidop lagi di dunia ini.
Alhamdulillah kesihatan pun baik.
Syukur Ya Allah.

Di bulan Syaban yang penuh mulia ini, kita dikejutkan dengan keadaan cuaca jerebu 
yang melanda negara kita.
Pembakaran berlaku daripada negara jiran yang mungkin disebabkan faktor cuaca panas dan kering.
Tidak mengapalah. Kita harus menerima ujian Allah ini dengan hati yang ikhlas dan pasrah.
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Namun, jerebu yang melanda baru-baru ini adalah yang paling dahsyat yang pernah berlaku sebelom ini.
Hal ini kerana, tahap bacaan IPU jerebu di kawasan Muar, Johor adalah di tahap paling berbahaya iaitu 746 dan diisyhtiharkan 'DARURAT' pada hari Ahad 23 Jun 2013.
Memang terkejut jugak bila dengar berita mengenai itu.

Tapi alhamdulillah..keadaan jerebu agak kurang berbanding sebelom ini.
Pada mulanya, jerebu hanya berlaku di negara Singapura dan beberapa buah daerah di negeri Johor.
Kemudian, asap jerebu itu mula beralih ke negeri-negeri lain di Malaysia.
Diharapkan, dengan keadaan jerebu sebegini, kita dapat mencegah daripada mendapat sebarang penyakit dengan memakai topeng muka atau mask.

Hal ini kerana, jerebu ini bukan sahaja membawa asap tetapi juga terdapat bau bahan terbakar pada asap jerebu tersebut.
Keadaan ini amat membahayakan kesihatan orang ramai.
Antara penyakit-penyakit yang boleh dijangkiti akibat jerebu ini adalah batuk, pedih mata @ sakit mata, sesak nafas dan sebagainya.
Oleh itu, pencegahan awal perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan tubuh badan kita tidak dijangkiti oleh asap jerebu ini.

Sekian. Wassalam


No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2014 ♥