Khasiat Buah-Buahan (part 1)


Buah-buahan merupakan makanan yang sangat berkhasiat. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan di dunia ini. Ia mengandungi pelbagai jenis zat dan khasiat yang diperlukan oleh badan kita. Khasiat buah-buah ini adalah baik untuk mencegah kita daripada mendapat penyakit. Jom ikuti membongkar rahsia disebalik khasiat buah-buahan yang kita suka.


PISANG
Sebiji pisang membekalkan 35 peratus daripada keperluan vitamin B6 harian anda. Vitamin B6 yang juga dikenali sebagai piridoksina, penting untuk membantu badan menghasilkan sel baru yang sihat.

Pisang kaya dengan kalium iaitu zat galian yang membentuk sebahagian daripada fungsi saraf dan otot. Kalium mencegah kekejangan ketika bersukan. Itulah sebabnya anda kerap melihat atlet makan pisang ketika berehat.

Pisang juga sumber penting asid amino yang tidak boleh dikeluarkan oleh badan. Oleh itu, kita perlu mendapatkan asid amino daripada makanan. Asid amino adalah blok binaan untuk protein. Sebiji pisang membekalkan asid amino penting untuk tiga peratus protein harian.





BUAH NAGA
Satu hidangan buah naga membekalkan dua gram asid lemak tidak tepu yang sihat untuk jantung dalam bentuk asid lemak lineik dan asid lemak oleik yang terdapat daripada biji yang kita makan sebagai sebahagian daripada buah.

Satu hidangan buah naga membekalkan lapan peratus zat besi yang membantu kesihatan fungsi sel darah merah untuk membawa oksigen ke sel.

Beta karotena dan vitamin C dalam buah naga adalah antioksidan kuat yang membantu mencegah kerosakan sel berpunca daripada radikal bebas.

Buah naga kaya dengan serat larut dan tidak larut yang membantu mengurangkan kolesterol makanan. Hasil penyelidikan menunjukkan bukti pengurangan sejumlah kolesterol apabila buah naga dimakan sepanjang tempoh lima minggu.


EPAL MERAH
Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.

Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.

Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.


EPAL HIJAU 
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:
* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.




BUAH BETIK
- Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.
- Mengandungi antioksidan
- Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan.
- Baik untuk jantung
- Membantu dalam pemulihan luka.



JAMBU BATU
- Berkesan dalam menurunkan kadar kolesterol dan tahap glukosa dalam darah.
- Bahan antioksidan yang berkesan 
- Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit 
- Baik untuk sembelit
- Jus Jambu Batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema.


JAMBU AIR
Potensi tersebut cukup besar, mengingat jambu air kaya akan antioksidan seperti vitamin C dan vitamin A. dalam 100 gram jambu air terdapat vitamin C hamper setara dengan jeruk mandarin yaitu sekitar 22 mg per 100 gram buah. Kandungan vitamin A-nya juga cukup tinggi, meskipun tidak setinggi jeruk mandarin tetapi jauh lebih tinggi daripada apple.
Selain untuk mempercantik kulit, vitamin C berfungsi sebagai antioksidan yang memiliki manfaat untuk menjaga kesehatan sel, meningkatkan penyerapan asupan zat besi dan memperbaiki mutu sperma dengan cara mencegah radikal bebas yang merusak pembungkus sperma. Disamping sebagai antioksidan, vitamin C juga memiliki fungsi untuk menjaga dan memelihara kesihatan pembuluh kapiler serta kesihatan gigi dan gusi.
Vitamin A sangat dibutuhkan untuk menjaga kesehatan mata, selain itu, vitamin A juga diperlukan untuk meningkatkan imunisasi tubuh. Hal ini disebabkan vitamin A dapat meningkatkan imunisasi tubuh. Hal ini disebabkan vitamin A dapat meningkatkan fungsi sel darah putih sebagai antibody dan antivirus.



TEMBIKAI
- Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapatkan kenser prostat dan penyakit kardiovaskular.
- Biji tembikai ialah sumber protin yang baik
- Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.
- Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga
- Dapat mengawal tekanan darah.


TEMBIKAI SUSU
  1. Mengandungi potassium.  Pottasium mampu mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
  2. Bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah sodium.  Ciri-ciri ini dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
  3. Kandungan air yang banyak di dalam tembikai susu mampu membantu melembabkan kulit  dan membuatkan individu bertenaga walaupun di dalam cuaca panas.
  4. Mengandungi vitamin C yang tinggi.  Kandungan vitamin C ini dapat membantu mencantikkan kulit dan menyihatkannya.  Ia juga mampu melindungi diri individu daripada serangan penyakit.
  5. Ia mengandungi provitamin A, zink dan enzim-enzim penghadaman yang berkualiti.  



NENAS
- Mengandungi potassium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah.
- Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan.
- Membantu untuk membina tulang yang sihat.
- Melindungi badan badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat.
- Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semula jadi.

BUAH DURIAN
Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.



DURIAN BELANDA
-kaya dengan Acetogenin yang membantu menyerang dan membunuh sel sel kanser secara efektif dan semulajadi, dan secara selektif tanpa menyerang sel sel baik lain di dalam badan, dan menurut kajian saintis perubatan , ianya adalah AGEN ANTI SEL KANSER 10000x lebih baik daripada rawatan Kemoterapi.

- Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo
- Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan
- Mengawal tekanan darah
- Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik
- Mengurangkan kandungan gula dalam darah




KELAPA MUDA
  1. Minuman Isotonik Alami - Air kelapa dikatakan minuman isotonik alami yang membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh. Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Ia membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu mengandung memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Dehidrasi semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem, mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
  2. Memperkuatkan sistem pertahanan tubuh - Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh wanita hamil. Ia juga berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam susu ibu mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiku diabetis, kanser dan HIV yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun baby dalam kandungan.
  3. Membantu Pencernaan - Air kelapa dipercayai mampu memperbaiki fungsi pencernaan dan membersih usus sekali gus mengelakkan masalah sembelit. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan yang tinggi. 
  4. Meningkatkan HDL - Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL-high density lipoprotein) dalam sistem tubuh.
  5. Memudahkan Proses Bersalin - Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.






No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2014 ♥