JDT tetap dihati :P


Assalamualaikum

Hari ini baru lepas tengok perlawanan Johor Darul Takzim (JDT) vs Kelantan.
Keputusan akhir Johor DT  0 - 1  Kelantan
Seronok memang seronok dapat tengok...
sokong tetap sokong..
tapi itu pon dapat sokong dekat depan Tv di rumah je lah..
Nak pergi Stadium Bukit Jalil memang tak lah kan...hahaha.

Apa-apa pon, Tahniah diucapkan buat pasukan Kelantan kerana menang Piala FA pada tahun ini.
Walaupun hampa, sedih, pasrah, kecewa dan macam-macam lagi lah,
namun rakyat Johor kena terima hakikat ye.
Kita kena sentiasa sokong.
Dapat masuk Final pon merupakan 1 perkara yang boleh dibanggakan..betol tak?
Jadikan ia sebagai satu detik permulaan untuk terus bangkit dan terus bersemangat.

We are Johorean will supports you all.
Don't forget about that.
(ceh, speaking pulok)

Dalam kesedihan ini juga, saya still ada rasa agak kurang puas hati dengan 
beberapa pemain JDT.
Selalu sangat saya tengok pasingan tak betul.
Lambat pick-up, lambat kejar bola...
tapi nak buat macam mana kan, semuanya dah berakhir.
perlawanan sudah pon melebuhkan tirainya.
Cuma saya berharap agar pihak Jurulatih dapat mengenalpasti 
kelemahan passing pemain agar dapat diperbaiki lagi.
Em, itu just my opinion.
Peminat tidak salah menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing...betol tak??

Apa-apa pon JDT tetap dihati untuk selama-lamanya.
LUASKAN KUASAMU
!!!HARIMAU SELATAN!!!

Wassalam.

2 comments:

  1. Gomo kelate gomo....
    Nak buat guane klate meng wes taun nir

    ReplyDelete
  2. xpela...menang jela...
    len tahun cube lagi...huhu

    ReplyDelete

 
♥ Copyright © 2014 ♥