Tahniah Kawan >


Assalamualaikum...

Hari ini dapat berita happy daripada seorang kawan..
itu pon saya dapat tahu melalui facebook dia...
alhamdulillah, she is already get pregnant..
seriously, I am so happy for her.
That is was a good news..
not only good but a great news...
Thanks to Allah.
Syukur kerana Allah telah makbulkan doa dan harapan si dia n husband.
Setelah hampir 5 or 6 bulan mereka kahwin, akhirnya impian tercapai jugak.
Tetiba rasa sedih pulak dalam hati...
Yelah, she is also one of my BFF in Politeknik.
Saya rasa sedih sangat bila tengok orang sedih...
dan jugak bila tengok orang dapat berita gembira..
serius, memang rasa sedih..
Kadang-kadang rasa macam kita pulak yang over...
betol tak??Hahaha
Lantaklah..tapi saya memang jenis orang macam gini...
Tapi bila tengok dia dah pregnant, tiba2 timbul rasa ingin alami perasaan macam dia...
kahwin dan sekarang dah pregnant...
emm, macam best je kan...
Setiap orang akan ada rasa ingin ada family sendiri..
betol tak?
SO, pada sesiapa yang dah ada niat untuk berkahwin, cepat2 lah berkahwin...
okeyh.
Lastly, I hope my friend will take care of herself and also her baby.
I always pray for you, my friend.
Insya Allah.

p/s > hope after this, it going to be my turn...insya Allah.

(entah apa2 je saya speaking...macam terabur je. tapi tak apa, confident itu penting ye. peace!! ^_^)



Alhamdulillah



Assalamualaikum

Hari ini baru lepas balik daripada interview kerajaan.
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.
Pagi ini bangun awal.. dan bersyukur sangat sebab hari ini kesihatan agak baik.
Resdung dan asma tak datang menyerang pagi ini.
Syukur Ya Allah.
Pukul 6 lebih gerak daripada rumah...my dad yang hantar.
tapi sebelum itu, my dad kena pergi pejabat dulu.
Nak kena tukar uniform sebab pagi Isnin memang kena berhimpun...
tapi my dad tetibe dah mintak pelepasan untuk hantar aku pergi interview.
alahai, disebabkan aku, dia kena mintak pelepasan untuk tidak pergi berhimpun.
btw, thanks sangat for my dad.
Sesampai disana dalam pukul 7.20pagi..
memang awal sangat la kan..orang lain pon belom sampai lagi...Haha.
lepas da agak ramai sampai, urusetia pon cek nama calon2 temuduga..
U know what, nama aku no.1 pulak tu...
Serius, memang gabra time tu...
semua kaki dan tangan da mula rasa sejuk..
(memang xboleh hilang tabiat ni)
Hahaha.
Lepas dah lama tu, nama aku panggil...dia panggil dengan calon no.2 sekali..interview dua orang sekali lah tu...
time tu dah rasa lega sikit...so, rasa takot da kurang.
soalan-soalan dia pon alhamdulillah boleh jawab.
Tak susah sangat.
Interview pon sekejap sahaja.
then terus balik...
masa balik tu, pekena meehun sup dulu...
perut banyak lapar time tu...

em, alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar..
Moga2 aku dapat kerja ini Ya Allah.
Insya Allah.
Amin.


Tak sangka



Assalamualaikum

Hari ini penat sangat...
Hahaha...bukan buat apa pon, cuma pergi taman area tempat saya ini.
Apa yang bestnya?
Actually tak ada best pon tapi cuma tak sangka.
Maklumlah, sejak duduk rumah ini, motor pon tak ada, kereta? Haih, lagilah tak ada.
So, harini saya naik bas sorang2.
Sejak kebelakangan ini, macam da biasa pulak naik bas. Haha.
(terpaksa kena hidup berdikari okeyh)
em, saya just nak pergi bank-in duet dekat Maybank.
(wah, dah pandai pulak ni)
serius, memang tak sangka.
Saya ini tak pernah bank-in deposit cash sorang2.
Bukan yang mesin punye tau tapi yang manual. isi Slip tu.
Selalunya saya pergi dengan ayah, takpon dengan member je.
Itu pon sebab time belajar dulu.
Yelah, politeknik saya ni kena bayar duet pengajian sendiri punya.
Bukan pakai sistem potong daripada duet PTPTN, macam dekat universiti tu.
so, sejak daripada tu, dah pandai dah.
tapi itu pon, pakai bank Islam.
sekarang ini, nak pergi Maybank Okeyh. Form Slip Desposit Cash tu pon agak berbeza dengan yang bank Islam punya.
So, agak terkial2 sikitlah..Hahaha.
Ada jugaklah tanya orang sikit2..bohong lah kalau tak ada kan..
lepas dah pergi kaunter dan semua bagai tu, cepat2 keluar. 
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Hehe.
Mesti korang tertanya kan, kat siapalah orang yang aku pergi bank-in tu.
Actually, saya ada beli barang dekat internet iaitu facebook.
Mula-mula macam takot jugak kan nak beli online.
Takot kita dah bank-in duet tapi barang tak sampai...betol tak?
Tapi Alhamdulillah, barang dah sampai pon. Orang tu da pos sehari sebelom saya bank-in.
Cuma mase barang sampai, tak ada siapa kat rumah.
So, esok terpaksalah pergi Pos Laju untuk tuntut balik.
Actually, bukan barang papa pon, saya just beli ubat untuk Resdung.
Untuk kesihatan, apa pon saya sanggup.

Em, lepas tu, jalan2 dekat Jusco...then balik naik bas lagi.
tapi serius, bas dekat sini memang susah nak dapat.
Terpencil sangat ke tempat saya ni, haish.

So, itu sahajalah pengalaman tak sangka saya tu.
Bukan special sangat pon.
dan bukan nak berlagak papa pon..just nak kongsikan bersama kamu2 semua.
Jangan Marah yep. Hahaha.
Wassalam



Ikan Masak Sambal



Ikan Masak Sambal


Bahan-Bahan :
  •  Apa-apa jenis ikan. (saya guna ikan cencaru)
  •  1 ulas bawang merah besar*
  •  2 ulas bawang putih*
  •  Segenggam atau lebih lada kering (direndam dahulu)*
  •  Lobak Merah (potong dadu) -sebanyak mana yang anda suka-
  •  1 batang serai
  •  Air Asam Jawa
  •  Sedikit air putih
  •  Garam
  •  Ajinamoto
  •  Gula
  •  Serbuk Kunyit

Cara-Caranya :
  • Blender bahan yang bertanda *
  • Goreng ikan yang disalut dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Setelah siap, ketepikan.
  • Isi minyak ke dalam kuali kemudian masukkan bahan tumis yang diblender tadi. Biarkan.
  • Setelah bahan tumis tadi sedikit kering, masukkan 1 atau 1 1/2 sudu gula, sedikit garam dan ajinamoto. Kemudian, gaul sebentar.
  • Masukkan lobak merah yang dipotong dadu serta serai.
  • Kemudian, masukkan sedikit air asam jawa dan air putih.
  • Selang berapa minit, rasa masakan tersebut. Jika pedas, bolehlah tambah sedikit gula.
  • Setelah siap, hidangkan.



p/s > setiap orang, masakannya lain-lain. So, anda boleh pilih mana yang senang buat anda.

Selamat mencuba!! ^_^


Chaiyok Ika!!



Assalamualaikum w.b.t buat pembaca diluar sana.

Hari ini saya rasa sungguh nervous..
sebab apa ye??
sebab tinggal 5 hari sahaja untuk saya interview kerajaan.
serius, takot!!
Apa-apa belom prepare lagi..
maklumat pasal organisasi tu dah dapat and dah print pon..
tapi belom bace 1 patah lagi..hahaha.
ape lah saya ni kan.
nervous tetap nervous...
takot tetap takot...
tapi saya tetap kena berusaha.
kena hadapinya dan kena tempohinya..
ini soal masa depan saya.
tak boleh buat main...tak boleh buat sambil lewa...
lagipon, bukan senang nak dapat kerja kerajaan..
temuduga itu pon kadang susah nak dapat...betol tak?
dah dapat interview ini pon sudah cukop baik.
Alhamdulillah...syukur Ya Allah.
saya akan buat yang terbaik..
dapat tak dapat, itu belakang kira.
kita tidak boleh RENDAH DIRI sangat...
dan kita jugak x boleh terlalu yakin sangat boleh dapat.
Sebab kalau kita terlalu yakin, dah macam berlagaklah pulak...
pastu nanti andai kata tak dapat, menyesal tak sudah...betol tak??
so, kita buat relax je..
kita just pastikan kita buat yang terbaik..
keputusannya, biar Allah yang menentukan.
rezeki masing2 kita tidak tahu.
so, kita kena berdoa, tawakal dan berusaha.
em, doakan saya ye.
wassalam daripada saya.



Finally My Convocation



Assalamualaikum w.b.t  pada semua.
em, hari ini tidak berapa nak sihat la..selsema, batuk dengan pening menyerang pulak.
tapi alhamdulillah..demam dah baik.
semua ini gara2 sebab hari konvokesyen tempoh hari..
(ehem2, saya dah KONVO oke...jangan jeles ye)
tapi alhamdulillah..demam dah baik.
Actually, konvo tersebut berlangsung pada 9/4/13 bersamaan hari Selasa.

nak dijadikan cerita ini, hari ahad yang lepas (7/4/13), cik aiza nak datang tumpang bermalam kat rumah aku.
pukul 8 lebih (pagi) aku siap-siap nak pergi terminal larkin, nak jumpa cik aiza.
aiza da tunggu dekat sana dengan en. ehem2 dia.
 kitorang dah buat planning pegi jalan2.
aku terpaksa naik bas. hahaha.
lepas da jumpa diorang, kitorang tunggu pulak ekin.
dia naik kereta dengan en.boyfriend dan member en.boyfriend dia..
diorang ini pulak daripada kelantan. (jauh kan?)
n then kitorang decide jumpa kat city Square pastu barulah jalan2.
daripada pagi sampai ke malam...
gila bebs.
xlarat badan ni...masing2 xcukup tidur. ada jugak yang belum tidur lagi.
tapi memang syok giler.
kitorang jalan2 kat CS, pastu gi makan kt terminal larkin.
pastu pergi berenang kat kompleks renang larkin.
n then pergi tengok wayang kat Jusco Tebrau.
seriusly, memang penat.
pastu ekin hantar aku dan aiza pulang. then diorang balik semula ke pasir gudang.

hari isnin keesokannya harinya, aku dengan aiza bangun awal.
nak siap2 untuk pergi ke raptai konvokesyen.
itu pon ayah aku yang hantarkan.
sebabnya mak aku xberani kasi aku bawak kereta..HAHA.
dia cakap aku dah lama tak bawak kereta...
(xpercayakan aku...sedeyh je rase)
pastu, member aku si Fatimah Zaharah turut ikot sama sebab dia nak tumpang sekali.
sampai dekat Poli, kecoh la mulot masing2.
sebab dapat jumpa member budak rumah, kawan2 kelas..
serius, memang kecoh.
al-maklumlah...masing2 dah lama tak jumpa.
bisinglah jadinya...betol tak?
raptai konvo ni sampai pukul 5 lebih.
pukul 10 pagi - pendaftaran, pukul 2 petang - raptai konvo,
dan pukul 4 lebih - ambil jubah konvo.
so, pukul 5 lebih...aku tunggu ayah aku sampai dan kitorang balik ke rumah.
aiza tak balik bersama sebab family dia dah sampai johor.
so, dorang sewa rumah dekat area situ.
Fatimah Zaharah je yang tumpang balik sama.

9/04/2013 - Hari Konvokesyen
pagi hari itu, my mom kejutkan pukul 5.40 pagi.
aku mandi2, siap2 lagi...da makan masa.
pastu boleh pulak asma datang pagi tu...kalau asma datang, aku xboleh buat kerja
terburu2 or nak cepat2 sangat.
sebab nanti, asma aku lagi kuat menyerang.
tapi nak buat macam mana, kena jugak cepat sebab time tu da pukul 6.30 pagi.
student kena berkumpul dekat perpustakaan pada pukul 7 pagi.
aku takut aku lewat je ni..da la perjalanan ambil masa 1 jam daripada rumah aku ke Politeknik tu.
itu pon kalau tak jammed..sebab highway pasir gudang tu memang selalu jammed especially time pagi dengan waktu balik kerja.
tapi alhamdulillah, hari tu jalan highway pasir gudang x jammed.
dan syukur jugak time tu masih ada student yang belom sampai lagi.
diorang yang dah sampai cuma berkumpul je dulu. belom lagi beratur dan masuk dewan.
nasib badan...kus semangat.
takot jugak aku time tu. takut lambat dan xboleh nak masuk dewan...HAHA.
pastu, dah duduk2 dan berdiri dan beratur, tengok jam sudah pukul 8 lebih..
aik, kenapa lambat sangat nak masuk dewan ni??
masing2 da panas berdiri beratur bawah khemah...
pastu, akhirnya...dapat jugak masuk dewan...time tu penuh dengan parents student yang datang dan duduk...serius memang nervous sikit masa tu.
  lepas dah lama tu, vip pun sampai dan diorang berucap...time tengah berucap tu,
kitorang pun mulakan sesi snap2...HAHA. biasalah, excited gila time tu.
lepas itu, masa sudah tiba untuk sesi penerimaan sijil dekat depan pentas..
time tu semua sudah gelabah.
kasut aku pulak buat hal...leh pulak tapak nak tertanggal. aduyai.
kebetulan, aku memang bawak selotep tebal warna hitam..bole tahan kuat jugak la..
aku bawak untuk langkah berjaga2 kalau2 kasut tu buat hal.
sekali memang betol dia buat hal..
so, apa lagi...aku selotep lah kat kasut aku tu...
nasib baik kasut aku tu warna hitam jugak..HAHA.
rahsia ini hanya member aku Rawaidah je tahu.
(serius, malu bebs kat ko ida...)
lepas tu, kitorang kena beratur dekat luar dewan dan bersedia untuk penerimaan sijil...
time tu tangan aku da sejuk...nervous punye pasal.
apa pun tak boleh..HAHA.

lepas dah naik pentas, kena duduk balik sebab kena tunggu student lain naik pentas pulak.
masa tu, nervous semua sudah hilang.
tangan yang sejuk dah jadi panas balik...HAHA.
nasib baik, kasut aku xbuat hal masa atas pentas...alhamdulillah.

lepas da berapa lama, sesi konvo pun dah selesai.
semua student keluar cari family diorang...
member2 aku semuanya dah berpecah...
aku ni pulak dok mencari manalah mak ayah aku...
lama jugak aku cari..terpusing sana terpusing sini...
alih2, mak aku yang jumpa aku. tegur aku dulu.
lepas tu, mak aku bagi bunga.
alahai terharu je rasa....tapi aku tak tunjuk pon.
malangnya, mak ayah aku saja yang dapat datang.
adik aku pergi sekolah n kakak aku pulak belajar dekat uitm.
so, memang tak dapat datang.
tapi tak apalah. 2 orang pun cukup.
thanks sangat buat mak ayah yang sudi datang.
love you all damn much ^_^
thanks for my parents coz sudi datang.
lepas tu, aku, aiza dengan ikin..berposing sampai lebam.
ajak sekali ida dengan hasni...
biasalah, da grad kan..

lepas dah berposing sana sini dengan member, aku pon pergi dekat booth untuk
tangkap gambar yang ala-ala dekat studio tu pulak.
ayah aku yang sponsor.
lagi sekali, aku rasa terharu sebab aku ingat memang xkan dapat.
lagipon, my parent da banyak keluarkan duet untuk konvo aku ni.
maklumlah, aku kan tak kerja lagi..so, aku nak mintak pon malu.
tiba2 ayah aku cakap da booking. so, ikot jela.
lepas tu kena pulangkan jubah untuk dapatkan sijil2 diploma dekat perpustakaan.
after that baru boleh balik sebab my dad kena masok kerja balik.
petang pulak, terpaksa keluar lagi sebab en. boyfriend nak belanja makan untuk meraikan hari konvokesyen aku ni.
memang penat sangat.
thats why demam datang...HAHA.

em, so..begitulah hari konvokesyen aku berlangsung..
happy sangat dan pada masa yang sama sedih jugak sebab dah xdapat jumpa member baik aku..

p/s > buat housemate, classmate dan kawan2 yang lain, tahniah buat korang semua. okeyh ^_^
ada masa, kita berjumpa lagi.
wassalam daripada saya.


Tutorial letak Icon/Image sebelah title blog achieve


Sekarang misi untuk mencantikkan blog...
Jom, ikuti saya.

"Tutorial letak Icon/Image sebelah titile blog achieve"..
Cer tgok Blog Achieve saya..nampak x icon comel tu? Nak buat?

Caranya :-

1) Sign in akaun blogger anda

2) Dashboard > Template > Edit HTML > Tick kotak "Expand Widget Templates"

3) Tekan Ctrl + F (tekan serentak pada keyboard) (cuba banyak kali pon takpa, sampai ada keluar ruangan taip dekat sisi belah kanan atas)

4) Kalau sudah jumpa, anda copy code dibawah ini dan paste ke ruangan tersebut dan tekan enter.


<li><a expr:href='data:i.url'><data:i.title/></a></li>
5) Dah jumpa kod yang sama? okeyh, kemudian masukkan kod di bawah ini diantara <li> dan <a expr:href='data:i.url'><data:i.title/></a></li> yang korang cari tadi:


<img src='url icon'/>
Contoh :

<li><img src='url icon'/><a expr:href='data:i.url'><data:i.title/></a></li>
nota:
url icon -masukkan url icon yang korang nak.
Anda boleh cuba icon di bawah ini:



http://dl2.glitter-graphics.net/pub/706/706282kaaom301hk.gif
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/638/638146kvkkfs33zm.gif
http://dl2.glitter-graphics.net/pub/51/51082b97w96e86g.gif
http://dl6.glitter-graphics.net/pub/440/440576q8wrax7se2.gif
http://dl.glitter-graphics.net/pub/695/695351ug3twpiwlh.gif 
http://dl5.glitter-graphics.net/pub/932/932645rid0wtz58r.gif
http://dl3.glitter-graphics.net/pub/1040/1040193nacd9v14uy.gif

6) Dah siap, klik Preview, jika tiada error, klik Save Template.


Selamat mencuba ye!! ^_^

Khasiat Pati Delima Gulshan



Assalamualaikum... ^_^



Hari ini saya ingin kongsikan mengenai khasiat Pati Delima Gulshan. Buat makluman anda, produk Pati Delima Gulshan ini diimport daripada negara Turki. Buah Delima adalah salah satu buah yang terdapat dalam Syurga. Buah Delima disebut sebanyak 3 kali dalam Al-Quran. Nama Saintifik bagi buah delima adalah Punica Granatum yang diambil dari Bahasa Perancis yang bermaksud epal yang berbiji. Sebenarnya, khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Antara Khasiat Buah Delima ialah:

Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melawan penyakit gout
Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
Merawat ‘sinus’
Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi 
Meningkatkan tenaga
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar 
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Mengatasi masalah penyakit buasir
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
Menormalkan fungsi hati
Menstabilkan peredaran darah
Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
Mencuci darah kotor
Antioksida yang tinggi
Menstabilkan paras kolesterol
Mencegah penyakit jantung
Menurunkan tekanan darah tinggi
Mencegah penyakit barah
Merangsang tenaga batin

Testimoni daripada saya

Saya mempunyai masalah resdung dan asma. Sebelum ini, hampir setiap pagi saya bangun daripada tidur, saya akan mengalami resdung. Kadang-kadang masalah resdung saya akan membuatkan asma saya menyerang saya. Mungkin kerana resdung ini telah menyukarkan saya untuk bernafas dan ia mungkin telah menyumbat saluran pernafasan saya. Setelah saya baca di website mengenai khasiat pati delima ini, saya terus mencari dan membelinya di kedai yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya di Johor Bahru. Selepas saya minum 1 botol, apa yang saya dapati bahawa resdung saya telah berkurangan dan sekaligus masalah asma saya pun turut berkurangan. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, masalah saya dapat diatasi. Semuanya atas izin Allah SWT. Syukur.

Cara meminumnya:-

Minum: 2 kali sehari. Sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur.
Kuantiti: 1 sudu besar + setengah gelas air kosong biasa. Jangan air panas.
Cara: Godak air tersebut dengan menggunakan sudu plastik dan godak dengan ikut arah lawan jam. Semasa godak, baca selawat 3x, Surah Al-Fatihah 1x, Ayat Kursi 1x dan niat dalam hati ingin sembuh. InsyaAllah, semoga apa yang kita hajati, diperkenankan oleh Allah SWT.


Website untuk beli Pati Delima Gulshan dengan harga murah:-

http://www.firdausameral.blogspot.com/


p/s > Kadang2 kita tidak percaya apa yang dicakapkan atau dikatakan oleh orang mengenai khasiat sesuatu produk sebab kita percaya mereka hanya ingin untung dan hanya ingin menarik orang untuk membelinya. Tapi sebagai manusia, tidak salah sekiranya kita mencuba. Kalau mujarab, alhamdulillah. Kalau tak, kita stop beli. Apa susah...betol tak? Saya hanya kongsikan pengalaman saya saja. Btw, terima kasih sudi baca. ^_^

TeRLuPe PuLAk KitE!!




Hai, Assalamualaikum..
hari ini dah masok 4hb April..
btw, semalam saya terlupe pulak bufday my BFF saya a.k.a rawaidah
dia pulak yang ingatkan sayer...haha.
kelakar pulak..
malu pon ade sekali...
apa punye kawan la saye ni kan...
actually saya dah ingat bufday dia sejak bulan lepas lagi...
tp masuk bulan ni, ingatan jadi lupe...
dia yang tua atau saya yang tua ni??haha


p/s : buat ida, slmt ari jadi ye...miss you damn much.
maaf la..tahun ni xdapat nak sambut bufday awak macam dulu...
nak kasi present pon, saya tak kerja lagi...
tak pelah, nanti mintak la dekat en.tunang ye...
aku just bagi hadiah time kahwin je..okeyh tak??
hahahaa


Info tentang Kanser



Assalamualaikum buat pembaca diluar sana.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info kepada anda semua.

                    Sekarang ini, dunia semakin moden dan teknologi semakin canggih. Gaya hidup semakin tinggi. Manusia masing-masing sedang berusaha untuk memajukan diri agar tidak tergolong dalam masyarakat yang jauh kebelakang. Akan tetapi, sedarkah kita bahawa dalam kita sedang mengejar untuk hidup lebih selesa, kita makin alpa untuk menjaga kesihatan kita? Zaman moden ini membuatkan kehidupan kita dikelilingi oleh penyakit yang baru, penyakit yang merbahaya, penyakit yang kronik dan juga penyakit yang ganjil dan aneh. Apakah punca penyakit-penyakit ini datang menyerang kita? Memang setiap satu penyakit itu datang daripada Allah namun kita sebagai manusia harus peka dengan gaya hidup pemakanan serta amalan harian kita.
             
               Adakah anda tahu bahawa diri kita ini terdedah kepada makanan yang tidak sihat? Adakah anda ambil berat soal pemakanan anda? Jawapannya, anda sendiri yang tahu. Tepuk dada sendiri dan tanya diri. Mengambil pemakanan yang sihat tidak 100% menjamin kita daripada terkena penyakit namun kita dapat mencegahnya. Slogan "Mencegah lebih baik daripada mengubati" ini seringkali kita dengar namun ada yang ambil positif dan ada jugak yang tidak. Golongan seperti ini merasakan bahawa mereka tidak akan mendapat sebarang penyakit dan hanya akan mencari penawar atau mengubati sekiranya penyakit itu sudah datang. Pernahkah anda terfikir sekiranya penyakit itu merupakan penyakit yang kronik, bukankah ia sudah terlambat untuk mengubati? So, beringatlah wahai kamu. Pencegahan amat penting sekali.

                   Berbalik pada tajuk kita, kanser merupakan sejenis penyakit yang kronik. Penyakit ini disenaraikan sebagai penyakit "pembunuh" kedua selepas penyakit jantung di negara kita. Buat makluman semua, penyakit kanser ini mempunyai pelbagai jenis dan diantaranya:-

  • Kanser Paru-paru
  • Kanser Otak
  • Kanser Payudara
  • Kanser Tulang
  • Kanser Rahim
  • Kanser Darah (Leukemia)
  • Kanser Hati
  • Kanser Ovari
  • Kanser Perut
  • Kanser Prostat
                    Berikut merupakan antara kanser yang sering menyerang manusia pada masa sekarang. Terdapat banyak lagi jenis-jenis kanser yang wujud di dunia ini namun kanser-kanser di atas antara kanser yang terkenal dan orang ramai tahu. Sedar atau tidak sedar, kanser ini menjadi satu gejala yang tidak dapat dibendung lagi. Mengapa ia terjadi? Saya sendiri tidak dapat menjawabnya namun terdapat beberapa faktor yang boleh dijadikan punca penyakit ini muncul dalam hidup kita. Antara faktornya ialah :-

  1. Faktor Pemakanan
  2. Faktor Gaya hidup
  3. Faktor Keturunan

1. Faktor Pemakanan
  • Faktor pemakanan merupakan faktor yang utama dalam pembentukan sel kanser dalam tubuh badan kita. Kurangnya makanan berkhasiat dalam tubuh badan mendorong pelbagai penyakit menyerang kita. Antaranya ialah penyakit diabetes, obesiti, penyakit jantung, kanser dan sebagainya. Zaman makin moden, teknologi makin canggih ini menjadi faktor kepada penghasilan makanan segera yang tidak berkhasiat. Syarikat hanya menginginkan keuntungan tanpa memikirkan kesihatan orang ramai. Makanan segera seperti snack, air atau jus, atau sebagainya ini mengandungi sumber-sumber yang boleh terdedah kepada risiko penyakit kanser. Apakah itu? Contohnya seperti pewarna/perisa/pemanis tiruan /pengawet. Sumber-sumber seperti ini boleh menyebabkan kita terkena penyakit kanser. Sedarkah kita? Bahan-bahan ini juga membolehkan kanser merebak dengan cepat dan menyukarkan pesakit kanser untuk merawatinya.
2. Faktor Gaya Hidup
  • Faktor Gaya Hidup dijadikan sebagai faktor kedua kerana masyarakat terutama di negara kita ini tidak terlalu mementingkan faktor kesihatan dan senaman dalam kehidupan kita. Senaman/jogging/aerobik/aktiviti sukan amat penting sekali kerana ia dapat membantu kita untuk mengeluarkan peluh sekaligus menjadikan organ serta tubuh kita bergerak secara aktif. Kurangnya pengetahuan mengenai ini akan menyebabkan penyakit datang dalam kehidupan kita seperti obesiti, penyakit jantung, kanser dan penyakit lain. Harus diingatkan kepada semua, masalah obesiti dalam kalangan masyarakat kita boleh menjadi faktor kepada penyakit kanser. Oleh itu, amalkan gaya hidup bersenam sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu.

3. Faktor Keturunan
  • Faktor Keturunan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Dulu memang kita percaya bahawa faktor keturunan atau genetik ini menjadi faktor utama yang meningkatkan risiko penyakit kanser di kalangan masyarakat. Namun, terdapat kajian bahawa kebanyakkan pesakit kanser tidak mempunyai latar belakang keluarga yang mengidap kanser. Oleh itu, faktor keturunan disenaraikan sebagai faktor yang terakhir yang mungkin menjadi penyebab kepada penyakit kanser.

                             **************************************************

AMALAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT KANSER


  1. Jangan memakan sumber daripada haiwan yang berdaging seperti daging Lembu, Ayam, Kambing, Rusa, Unta, Khinzir dan lain-lain. WAJIB tinggallkan makanan ini menghasilkan asid yang menjadi faktor utama dalam pembentukan sel kanser.
  2. Jangan minum atau makan makanan yang bersumberkan gula sebagai bahan utama. Hal ini kerana gula merupakan makanan bagi kanser. Contohnya, air kotak, air tin dan sebagainya. Pemanis tiruan jugak tidak digalakan untuk menggantikan gula. Madu Asli adalah bahan yang baik untuk menggantikan gula.
  3. Jangan minum teh, kopi, nescafe, coca cola kerana ia mengandungi kafein yang boleh membuatkan kanser lebih cepat merebak.
  4. Jangan minum atau makan makanan yang berunsur coklat atau milo kerana ia akan membuatkan sel kanser bertambah teruk dan merebak.
  5. Jangan makan makanan yang dibakar atau dipanggang seperti Satay kerana ia menghasilkan kandungan karbon atau karsinogen yang sangat tinggi. Karsinogen ini akan menyerap atau menghisap antioksidan semula jadi yang amat berharga dalam tubuh badan anda.
  6. Jangan makan produk tenusu seperti susu segar, keju, mentega dan lain-lain. Susu membuatkan tubuh menghasilkan mukus atau lendir terutama di usus perut. Sel kanser memakan mukus.
  7. Jangan makan makanan yang bersumberkan laut seperti ketam, udang dan sotong. Gamat juga tidak digalakkan. (makanan ini dipercayai dapat menyuburkan sel kanser) Namun, ikan masih boleh dimakan.
  8. Jangan makan makanan segera & produk dalam tin @ paket. Contoh sardin, buah laici/longan atau jagung dalam tin, maggi, snack atau jajan, minuman bergas serta produk-produk lain yang mengandungi bahan pengawet, pewarna yang menjadi makanan kepada sel kanser.
  9. Jangan makan sayur/buah-buahan yang "berangin dan bergetah" seperti nangka, cempedak, sukun, kundur kerana ia dipercayai boleh menyebabkan kesakitan dan berdenyut.
  10. Jangan makan makanan berjeruk, ikan masin, telur masin, budu, belacan dan sebagainya.
  11. Kurangkan makan telur ayam.

Sekian.
Semoga hidup anda tidak didatangi oleh bermacam penyakit merbahaya. 

Assalamualaikum daripada saya. ^_^



 
♥ Copyright © 2014 ♥