Finally My Convocation



Assalamualaikum w.b.t  pada semua.
em, hari ini tidak berapa nak sihat la..selsema, batuk dengan pening menyerang pulak.
tapi alhamdulillah..demam dah baik.
semua ini gara2 sebab hari konvokesyen tempoh hari..
(ehem2, saya dah KONVO oke...jangan jeles ye)
tapi alhamdulillah..demam dah baik.
Actually, konvo tersebut berlangsung pada 9/4/13 bersamaan hari Selasa.

nak dijadikan cerita ini, hari ahad yang lepas (7/4/13), cik aiza nak datang tumpang bermalam kat rumah aku.
pukul 8 lebih (pagi) aku siap-siap nak pergi terminal larkin, nak jumpa cik aiza.
aiza da tunggu dekat sana dengan en. ehem2 dia.
 kitorang dah buat planning pegi jalan2.
aku terpaksa naik bas. hahaha.
lepas da jumpa diorang, kitorang tunggu pulak ekin.
dia naik kereta dengan en.boyfriend dan member en.boyfriend dia..
diorang ini pulak daripada kelantan. (jauh kan?)
n then kitorang decide jumpa kat city Square pastu barulah jalan2.
daripada pagi sampai ke malam...
gila bebs.
xlarat badan ni...masing2 xcukup tidur. ada jugak yang belum tidur lagi.
tapi memang syok giler.
kitorang jalan2 kat CS, pastu gi makan kt terminal larkin.
pastu pergi berenang kat kompleks renang larkin.
n then pergi tengok wayang kat Jusco Tebrau.
seriusly, memang penat.
pastu ekin hantar aku dan aiza pulang. then diorang balik semula ke pasir gudang.

hari isnin keesokannya harinya, aku dengan aiza bangun awal.
nak siap2 untuk pergi ke raptai konvokesyen.
itu pon ayah aku yang hantarkan.
sebabnya mak aku xberani kasi aku bawak kereta..HAHA.
dia cakap aku dah lama tak bawak kereta...
(xpercayakan aku...sedeyh je rase)
pastu, member aku si Fatimah Zaharah turut ikot sama sebab dia nak tumpang sekali.
sampai dekat Poli, kecoh la mulot masing2.
sebab dapat jumpa member budak rumah, kawan2 kelas..
serius, memang kecoh.
al-maklumlah...masing2 dah lama tak jumpa.
bisinglah jadinya...betol tak?
raptai konvo ni sampai pukul 5 lebih.
pukul 10 pagi - pendaftaran, pukul 2 petang - raptai konvo,
dan pukul 4 lebih - ambil jubah konvo.
so, pukul 5 lebih...aku tunggu ayah aku sampai dan kitorang balik ke rumah.
aiza tak balik bersama sebab family dia dah sampai johor.
so, dorang sewa rumah dekat area situ.
Fatimah Zaharah je yang tumpang balik sama.

9/04/2013 - Hari Konvokesyen
pagi hari itu, my mom kejutkan pukul 5.40 pagi.
aku mandi2, siap2 lagi...da makan masa.
pastu boleh pulak asma datang pagi tu...kalau asma datang, aku xboleh buat kerja
terburu2 or nak cepat2 sangat.
sebab nanti, asma aku lagi kuat menyerang.
tapi nak buat macam mana, kena jugak cepat sebab time tu da pukul 6.30 pagi.
student kena berkumpul dekat perpustakaan pada pukul 7 pagi.
aku takut aku lewat je ni..da la perjalanan ambil masa 1 jam daripada rumah aku ke Politeknik tu.
itu pon kalau tak jammed..sebab highway pasir gudang tu memang selalu jammed especially time pagi dengan waktu balik kerja.
tapi alhamdulillah, hari tu jalan highway pasir gudang x jammed.
dan syukur jugak time tu masih ada student yang belom sampai lagi.
diorang yang dah sampai cuma berkumpul je dulu. belom lagi beratur dan masuk dewan.
nasib badan...kus semangat.
takot jugak aku time tu. takut lambat dan xboleh nak masuk dewan...HAHA.
pastu, dah duduk2 dan berdiri dan beratur, tengok jam sudah pukul 8 lebih..
aik, kenapa lambat sangat nak masuk dewan ni??
masing2 da panas berdiri beratur bawah khemah...
pastu, akhirnya...dapat jugak masuk dewan...time tu penuh dengan parents student yang datang dan duduk...serius memang nervous sikit masa tu.
  lepas dah lama tu, vip pun sampai dan diorang berucap...time tengah berucap tu,
kitorang pun mulakan sesi snap2...HAHA. biasalah, excited gila time tu.
lepas itu, masa sudah tiba untuk sesi penerimaan sijil dekat depan pentas..
time tu semua sudah gelabah.
kasut aku pulak buat hal...leh pulak tapak nak tertanggal. aduyai.
kebetulan, aku memang bawak selotep tebal warna hitam..bole tahan kuat jugak la..
aku bawak untuk langkah berjaga2 kalau2 kasut tu buat hal.
sekali memang betol dia buat hal..
so, apa lagi...aku selotep lah kat kasut aku tu...
nasib baik kasut aku tu warna hitam jugak..HAHA.
rahsia ini hanya member aku Rawaidah je tahu.
(serius, malu bebs kat ko ida...)
lepas tu, kitorang kena beratur dekat luar dewan dan bersedia untuk penerimaan sijil...
time tu tangan aku da sejuk...nervous punye pasal.
apa pun tak boleh..HAHA.

lepas dah naik pentas, kena duduk balik sebab kena tunggu student lain naik pentas pulak.
masa tu, nervous semua sudah hilang.
tangan yang sejuk dah jadi panas balik...HAHA.
nasib baik, kasut aku xbuat hal masa atas pentas...alhamdulillah.

lepas da berapa lama, sesi konvo pun dah selesai.
semua student keluar cari family diorang...
member2 aku semuanya dah berpecah...
aku ni pulak dok mencari manalah mak ayah aku...
lama jugak aku cari..terpusing sana terpusing sini...
alih2, mak aku yang jumpa aku. tegur aku dulu.
lepas tu, mak aku bagi bunga.
alahai terharu je rasa....tapi aku tak tunjuk pon.
malangnya, mak ayah aku saja yang dapat datang.
adik aku pergi sekolah n kakak aku pulak belajar dekat uitm.
so, memang tak dapat datang.
tapi tak apalah. 2 orang pun cukup.
thanks sangat buat mak ayah yang sudi datang.
love you all damn much ^_^
thanks for my parents coz sudi datang.
lepas tu, aku, aiza dengan ikin..berposing sampai lebam.
ajak sekali ida dengan hasni...
biasalah, da grad kan..

lepas dah berposing sana sini dengan member, aku pon pergi dekat booth untuk
tangkap gambar yang ala-ala dekat studio tu pulak.
ayah aku yang sponsor.
lagi sekali, aku rasa terharu sebab aku ingat memang xkan dapat.
lagipon, my parent da banyak keluarkan duet untuk konvo aku ni.
maklumlah, aku kan tak kerja lagi..so, aku nak mintak pon malu.
tiba2 ayah aku cakap da booking. so, ikot jela.
lepas tu kena pulangkan jubah untuk dapatkan sijil2 diploma dekat perpustakaan.
after that baru boleh balik sebab my dad kena masok kerja balik.
petang pulak, terpaksa keluar lagi sebab en. boyfriend nak belanja makan untuk meraikan hari konvokesyen aku ni.
memang penat sangat.
thats why demam datang...HAHA.

em, so..begitulah hari konvokesyen aku berlangsung..
happy sangat dan pada masa yang sama sedih jugak sebab dah xdapat jumpa member baik aku..

p/s > buat housemate, classmate dan kawan2 yang lain, tahniah buat korang semua. okeyh ^_^
ada masa, kita berjumpa lagi.
wassalam daripada saya.


No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2014 ♥