Info tentang Kanser



Assalamualaikum buat pembaca diluar sana.
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info kepada anda semua.

                    Sekarang ini, dunia semakin moden dan teknologi semakin canggih. Gaya hidup semakin tinggi. Manusia masing-masing sedang berusaha untuk memajukan diri agar tidak tergolong dalam masyarakat yang jauh kebelakang. Akan tetapi, sedarkah kita bahawa dalam kita sedang mengejar untuk hidup lebih selesa, kita makin alpa untuk menjaga kesihatan kita? Zaman moden ini membuatkan kehidupan kita dikelilingi oleh penyakit yang baru, penyakit yang merbahaya, penyakit yang kronik dan juga penyakit yang ganjil dan aneh. Apakah punca penyakit-penyakit ini datang menyerang kita? Memang setiap satu penyakit itu datang daripada Allah namun kita sebagai manusia harus peka dengan gaya hidup pemakanan serta amalan harian kita.
             
               Adakah anda tahu bahawa diri kita ini terdedah kepada makanan yang tidak sihat? Adakah anda ambil berat soal pemakanan anda? Jawapannya, anda sendiri yang tahu. Tepuk dada sendiri dan tanya diri. Mengambil pemakanan yang sihat tidak 100% menjamin kita daripada terkena penyakit namun kita dapat mencegahnya. Slogan "Mencegah lebih baik daripada mengubati" ini seringkali kita dengar namun ada yang ambil positif dan ada jugak yang tidak. Golongan seperti ini merasakan bahawa mereka tidak akan mendapat sebarang penyakit dan hanya akan mencari penawar atau mengubati sekiranya penyakit itu sudah datang. Pernahkah anda terfikir sekiranya penyakit itu merupakan penyakit yang kronik, bukankah ia sudah terlambat untuk mengubati? So, beringatlah wahai kamu. Pencegahan amat penting sekali.

                   Berbalik pada tajuk kita, kanser merupakan sejenis penyakit yang kronik. Penyakit ini disenaraikan sebagai penyakit "pembunuh" kedua selepas penyakit jantung di negara kita. Buat makluman semua, penyakit kanser ini mempunyai pelbagai jenis dan diantaranya:-

  • Kanser Paru-paru
  • Kanser Otak
  • Kanser Payudara
  • Kanser Tulang
  • Kanser Rahim
  • Kanser Darah (Leukemia)
  • Kanser Hati
  • Kanser Ovari
  • Kanser Perut
  • Kanser Prostat
                    Berikut merupakan antara kanser yang sering menyerang manusia pada masa sekarang. Terdapat banyak lagi jenis-jenis kanser yang wujud di dunia ini namun kanser-kanser di atas antara kanser yang terkenal dan orang ramai tahu. Sedar atau tidak sedar, kanser ini menjadi satu gejala yang tidak dapat dibendung lagi. Mengapa ia terjadi? Saya sendiri tidak dapat menjawabnya namun terdapat beberapa faktor yang boleh dijadikan punca penyakit ini muncul dalam hidup kita. Antara faktornya ialah :-

  1. Faktor Pemakanan
  2. Faktor Gaya hidup
  3. Faktor Keturunan

1. Faktor Pemakanan
  • Faktor pemakanan merupakan faktor yang utama dalam pembentukan sel kanser dalam tubuh badan kita. Kurangnya makanan berkhasiat dalam tubuh badan mendorong pelbagai penyakit menyerang kita. Antaranya ialah penyakit diabetes, obesiti, penyakit jantung, kanser dan sebagainya. Zaman makin moden, teknologi makin canggih ini menjadi faktor kepada penghasilan makanan segera yang tidak berkhasiat. Syarikat hanya menginginkan keuntungan tanpa memikirkan kesihatan orang ramai. Makanan segera seperti snack, air atau jus, atau sebagainya ini mengandungi sumber-sumber yang boleh terdedah kepada risiko penyakit kanser. Apakah itu? Contohnya seperti pewarna/perisa/pemanis tiruan /pengawet. Sumber-sumber seperti ini boleh menyebabkan kita terkena penyakit kanser. Sedarkah kita? Bahan-bahan ini juga membolehkan kanser merebak dengan cepat dan menyukarkan pesakit kanser untuk merawatinya.
2. Faktor Gaya Hidup
  • Faktor Gaya Hidup dijadikan sebagai faktor kedua kerana masyarakat terutama di negara kita ini tidak terlalu mementingkan faktor kesihatan dan senaman dalam kehidupan kita. Senaman/jogging/aerobik/aktiviti sukan amat penting sekali kerana ia dapat membantu kita untuk mengeluarkan peluh sekaligus menjadikan organ serta tubuh kita bergerak secara aktif. Kurangnya pengetahuan mengenai ini akan menyebabkan penyakit datang dalam kehidupan kita seperti obesiti, penyakit jantung, kanser dan penyakit lain. Harus diingatkan kepada semua, masalah obesiti dalam kalangan masyarakat kita boleh menjadi faktor kepada penyakit kanser. Oleh itu, amalkan gaya hidup bersenam sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu.

3. Faktor Keturunan
  • Faktor Keturunan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Dulu memang kita percaya bahawa faktor keturunan atau genetik ini menjadi faktor utama yang meningkatkan risiko penyakit kanser di kalangan masyarakat. Namun, terdapat kajian bahawa kebanyakkan pesakit kanser tidak mempunyai latar belakang keluarga yang mengidap kanser. Oleh itu, faktor keturunan disenaraikan sebagai faktor yang terakhir yang mungkin menjadi penyebab kepada penyakit kanser.

                             **************************************************

AMALAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT KANSER


  1. Jangan memakan sumber daripada haiwan yang berdaging seperti daging Lembu, Ayam, Kambing, Rusa, Unta, Khinzir dan lain-lain. WAJIB tinggallkan makanan ini menghasilkan asid yang menjadi faktor utama dalam pembentukan sel kanser.
  2. Jangan minum atau makan makanan yang bersumberkan gula sebagai bahan utama. Hal ini kerana gula merupakan makanan bagi kanser. Contohnya, air kotak, air tin dan sebagainya. Pemanis tiruan jugak tidak digalakan untuk menggantikan gula. Madu Asli adalah bahan yang baik untuk menggantikan gula.
  3. Jangan minum teh, kopi, nescafe, coca cola kerana ia mengandungi kafein yang boleh membuatkan kanser lebih cepat merebak.
  4. Jangan minum atau makan makanan yang berunsur coklat atau milo kerana ia akan membuatkan sel kanser bertambah teruk dan merebak.
  5. Jangan makan makanan yang dibakar atau dipanggang seperti Satay kerana ia menghasilkan kandungan karbon atau karsinogen yang sangat tinggi. Karsinogen ini akan menyerap atau menghisap antioksidan semula jadi yang amat berharga dalam tubuh badan anda.
  6. Jangan makan produk tenusu seperti susu segar, keju, mentega dan lain-lain. Susu membuatkan tubuh menghasilkan mukus atau lendir terutama di usus perut. Sel kanser memakan mukus.
  7. Jangan makan makanan yang bersumberkan laut seperti ketam, udang dan sotong. Gamat juga tidak digalakkan. (makanan ini dipercayai dapat menyuburkan sel kanser) Namun, ikan masih boleh dimakan.
  8. Jangan makan makanan segera & produk dalam tin @ paket. Contoh sardin, buah laici/longan atau jagung dalam tin, maggi, snack atau jajan, minuman bergas serta produk-produk lain yang mengandungi bahan pengawet, pewarna yang menjadi makanan kepada sel kanser.
  9. Jangan makan sayur/buah-buahan yang "berangin dan bergetah" seperti nangka, cempedak, sukun, kundur kerana ia dipercayai boleh menyebabkan kesakitan dan berdenyut.
  10. Jangan makan makanan berjeruk, ikan masin, telur masin, budu, belacan dan sebagainya.
  11. Kurangkan makan telur ayam.

Sekian.
Semoga hidup anda tidak didatangi oleh bermacam penyakit merbahaya. 

Assalamualaikum daripada saya. ^_^



No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2014 ♥