Khasiat Pati Delima Gulshan



Assalamualaikum... ^_^



Hari ini saya ingin kongsikan mengenai khasiat Pati Delima Gulshan. Buat makluman anda, produk Pati Delima Gulshan ini diimport daripada negara Turki. Buah Delima adalah salah satu buah yang terdapat dalam Syurga. Buah Delima disebut sebanyak 3 kali dalam Al-Quran. Nama Saintifik bagi buah delima adalah Punica Granatum yang diambil dari Bahasa Perancis yang bermaksud epal yang berbiji. Sebenarnya, khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Antara Khasiat Buah Delima ialah:

Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melawan penyakit gout
Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
Merawat ‘sinus’
Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi 
Meningkatkan tenaga
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar 
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Mengatasi masalah penyakit buasir
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
Menormalkan fungsi hati
Menstabilkan peredaran darah
Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
Mencuci darah kotor
Antioksida yang tinggi
Menstabilkan paras kolesterol
Mencegah penyakit jantung
Menurunkan tekanan darah tinggi
Mencegah penyakit barah
Merangsang tenaga batin

Testimoni daripada saya

Saya mempunyai masalah resdung dan asma. Sebelum ini, hampir setiap pagi saya bangun daripada tidur, saya akan mengalami resdung. Kadang-kadang masalah resdung saya akan membuatkan asma saya menyerang saya. Mungkin kerana resdung ini telah menyukarkan saya untuk bernafas dan ia mungkin telah menyumbat saluran pernafasan saya. Setelah saya baca di website mengenai khasiat pati delima ini, saya terus mencari dan membelinya di kedai yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya di Johor Bahru. Selepas saya minum 1 botol, apa yang saya dapati bahawa resdung saya telah berkurangan dan sekaligus masalah asma saya pun turut berkurangan. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, masalah saya dapat diatasi. Semuanya atas izin Allah SWT. Syukur.

Cara meminumnya:-

Minum: 2 kali sehari. Sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur.
Kuantiti: 1 sudu besar + setengah gelas air kosong biasa. Jangan air panas.
Cara: Godak air tersebut dengan menggunakan sudu plastik dan godak dengan ikut arah lawan jam. Semasa godak, baca selawat 3x, Surah Al-Fatihah 1x, Ayat Kursi 1x dan niat dalam hati ingin sembuh. InsyaAllah, semoga apa yang kita hajati, diperkenankan oleh Allah SWT.


Website untuk beli Pati Delima Gulshan dengan harga murah:-

http://www.firdausameral.blogspot.com/


p/s > Kadang2 kita tidak percaya apa yang dicakapkan atau dikatakan oleh orang mengenai khasiat sesuatu produk sebab kita percaya mereka hanya ingin untung dan hanya ingin menarik orang untuk membelinya. Tapi sebagai manusia, tidak salah sekiranya kita mencuba. Kalau mujarab, alhamdulillah. Kalau tak, kita stop beli. Apa susah...betol tak? Saya hanya kongsikan pengalaman saya saja. Btw, terima kasih sudi baca. ^_^

48 comments:

  1. Bayi dan anak-anak boleh minum tak pati delima ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bayi sy xpasti tp kalau anak-anak, mmg bole rasenye.
      u bole tye kpd pengedar2 pati gulshan ni. saya just sharing info shje. :)

      Delete
  2. Alhamdulillah. Saya dh amalkan 2 botol setakat ni secara konsisten. Setiap pagi sesudu+air segelas. Masalah gastrik saya makin berkurang. Dan lawas buang air besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kita hanya mampu berusaha. berusaha selagi boleh. jgn penah give up untuk cari penawar.. :)

      Delete
  3. as salam. hubungi 017-2834604 untuk dapatkan pati delima gulsan dengan harga rm13 sebotol.

    ReplyDelete
  4. salam..pati delima Gulshan ni rasanya masam ke manis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli melalui saya. Promosi RM10/sebotol hingga hujung April 2014. Email saya : wak_yeh@hotmail.com

      Delete
    2. sy pon xdpt nk explain mcm mana masamnya. ade sesetengah org ckp xmasam sgt. ade pulak yang kata masam.
      so, better u amik sesudu pati gulshan ni dan godakkn dlm cawan yang berisi air. ok dear. :)

      Delete
  5. Boleh beli melalui saya. Promosi RM10/sebotol hingga hujung April 2014. Email saya : wak_yeh@hotmail.com

    ReplyDelete
  6. http://kedaiarabonline.blogspot.com/
    Kunjungi blog saya. Harga Promosi JUS GULSAN RM10/sebotol hingga 30 April 2014.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum
    perkongsian bagus :)
    saya mohon share untuk kegunaan rujukan
    semoga ALLAH merahmati dan beri kemurahan rezeki buat sis :)
    tq

    ReplyDelete
  8. salam..perempuan mengandung boleh minum kan? saya berminat..tetapi bolehkah delivery ke pulau pinang?

    ReplyDelete
  9. Sy pregnant 34 weeks.. amalkn 2 sudu setiap pagi.. x tmbh air pun... siapa yg suka ribena.. sesuai.. xlh msam sgt.. Alhamd' hb darah saya meningkat..

    ReplyDelete
  10. Klu minum lbh dri 2 kali blh ke

    ReplyDelete
  11. Contoh.1 hri mnum 3 or 4 kali?

    ReplyDelete
  12. Rasenyer mmg sedap..bancuh dgn air.. Rse mcm air ribena jek

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Masjid bas stand Larkin ada jual (perkarangan masjid)

      Delete
  14. Ad lg tk promosi pati delima ni...area ulu tiram...harga around rm13 ke 15...ke wsap saya 0177987668,nisa..sya nk beli dlm 5 btl

    ReplyDelete
  15. Wak_yeh...hubungi sy...nk beli 4 botol

    ReplyDelete
  16. untuk kids umur 3 tahun boleh tak mnm?dose mcm mane ek?

    ReplyDelete
  17. Saya baru nak try...

    ReplyDelete
  18. Salam. Saya jual pati delima gulsan ni rm13 sebotol. COD sekitar putrajaya. Boleh hubungi saya untuk harga diskaun 0195498859 reen

    ReplyDelete
  19. hai semua...pati delima gulshan ni boleh didapati di kedai2 menjual produk kesihatan, kedai2 jamu di shopping2 mall..teruskan mencari.

    ReplyDelete
  20. Salam. Nak tanya. Produk ni sesuai untuk lelaki dan perempuan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  21. Salam..saya ada jual jus pati delima gulsan..kapsul delima pun ada..jus minuman harian pun ada..buah zuriat pun ada.. boleh tgk fb sy patidelima zamzam madukurma...wasap 0176106717.. Insyaallah sy jual sgt murah..

    ReplyDelete
  22. mmg nak kene pakai sudu plastik ke? adeh..~

    ReplyDelete
  23. Sy dh try minum pati delima ni dlm seminggu..alhamdulillah gastrik dh berkurangan dan selera makan bertambah...

    ReplyDelete
  24. Sy dh try minum pati delima ni dlm seminggu..alhamdulillah gastrik dh berkurangan dan selera makan bertambah...

    ReplyDelete
  25. PATI DELIMA GULSAN SEBOTOL RM15
    WHATSAPP: 0174600076
    COD:KL/SHAH ALAM

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Saya menjual pati gulsan
    rm13.50 sebotol
    rm65 untuk 5 botol
    rm125 untuk 10 botol
    COD sekitar putrajaya

    Hubungi reen 019-5498859

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum..
    Harga terbaru untuk tahun 2016.
    1- rm13
    5 botol keatas rm12

    Pos sabah/sarawak rm25 untuk 3 botol
    Pos semenanjung rm13 untuk 3 botol

    Berminat boleh call/whatsapp 0174600076

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatin Fazliyana tolong bayar pe yg awak dah ambil. Sungguh memalukan cuma RM45 punya barang pun nak jipu sampai block wsap!!!

      Delete
    2. Fatin Fazliyana tolong bayar pe yg awak dah ambil. Sungguh memalukan cuma RM45 punya barang pun nak jipu sampai block wsap!!!

      Delete
  30. Fatin Fazliyana tolong bayar pe yg awak dah ambil. Sungguh memalukan cuma RM45 punya barang pun nak jipu sampai block wsap!!!

    ReplyDelete
  31. Fatin Fazliyana tolong bayar pe yg awak dah ambil. Sungguh memalukan cuma RM45 punya barang pun nak jipu sampai block wsap!!!

    ReplyDelete
  32. Salam..nak tanya..pati delima ni klu dah buka kena simpan peti ais ke

    ReplyDelete
  33. Salam..nak tanya..pati delima ni klu dah buka kena simpan peti ais ke

    ReplyDelete
  34. Promosi terbaru rm14 sebotol untuk COD sekitar putrajaya. Diskaun untuk pembelian melebihi 5 botol. Hubungi reen 019-5498859

    ReplyDelete

 
♥ Copyright © 2014 ♥