Kek Coklat Kukus


Assalamualaikum

Sekarang, saya nak kongsikan resepi kek coklat.
Resepi ini saya dapat daripada mak saya.
Tapi, saya masih belum ada kesempatan untuk buat kek ini sendiri.
Just tolong-tolong tu pernah lah...hehe.
Khas buat kawan saya Aiza yang mintak resepi ini.

Jom lihat resepinya.

KEK COKLAT KUKUS


Bahan-bahannya:
Bahan A >
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 Cawan minyak masak
  • 1 Cawan susu cair
  • 1 Cawan gula pasir
Bahan B >
  • 1 Cawan susu pekat
  • 2 Biji telur
  • 1 Sudu teh esen vanilla
Bahan C >
  • 1 1/4 Cawan tepung gandum
  • 1 Sudu teh Bicarbonate
  • 1 Sudu teh Baking Powder

Cara-caranya :
  1. Masak bahan A sehingga mendidih dan sejukkan.
  2. Pukul adunan bahan B seperti biasa.
  3. Masukkan adunan bahan B ke dalam bahan A dan pukul.
  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan A&B tadi.
  5. Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 45 minit.
  6. Sejukkan dan hidang.
harap maaf. Gambar diatas diambil daripada internet.
buat masa ini, saya tidak ada simpanan gambar untuk kek coklat kukus ini.

Selamat mencuba dan menjamu selera ye...^_^

Kek Batik


Assalamualaikum

Hari ini saya nak share resepi kek batik yang saya buat.
Of course la, ramai reader yang dah tahu resepi ini kan..
tak ape2. Setiap orang caranya lain-lain...
so, dari situ kita boleh berkongsi pengalaman dan ilmu masing-masing kan...

okay, jom tengok bahan-bahannya.

KEK BATIK


Bahan-bahan :
  • 1 pek milo (harganya rm4 lebih tu)
  • 1 bungkus Biskut Marie
  • 3/4 Mentega/Buttercup
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk serbuk koko
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula

Cara-caranya :
  1. Masukkan susu cair, milo, serbuk koko ke dalam kuali. Panaskan dengan menggunakan api medium. Kacau.
  2. Kemudian masukkan sedikit buttercup, gula serta 1 biji telur.
  3. Kacau lagi supaya adunan tidak berketul-ketul. Boleh tambah air sedikit jika adunan terlalu pekat atau manis.
  4. Setelah masak, bolehlah tutup api tersebut.
  5. Patahkan biskut marie menjadi 2 bahagian.
  6. Masukkan biiskut marie ke dalam adunan coklat tadi. Gaul kesemuanya.
  7. Setelah itu, masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik dengan kertas minyak atau sebagainya.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau lebih.
  9. Hidangkan.

Mudah.
Selamat Mencuba.

Ayam Masak Lemak Cili Api


Assalamualaikum

Kembali saya untuk share menu lagi di ruangan blog ini.
Hari ini saya nak kongsikan resepi Ayam Masak Lemak Cili Api.
Meskipun menu ini sangat mudah untuk disediakan, tapi jujur saya bagitahu, sebelum ini saya tidak pernah buat resepi ini. Memang tidak pandai.
So, Alhamdulillah...akhirnya dapat buang juga sifat malas ini dan semakin lama perasaan cintakan masakan semakin membuak-buak...HAHA.
Okeyh, jom saya kongsikan resepinya.


Ayam Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan :
  • Ayam
  • Cili padi Hijau
  • Kunyit
  • Santan Pekat
  • Santan Cair
  • 1 Batang serai
  • 1 keping Asam keping
  • Garam
  • Ajinamoto

Cara-cara :
  1. Tumbuk Cili Padi bersama dengan kunyit sehingga lumat.
  1. Ketuk batang serai
  1. masukkan ayam, santan cair, asam keping, serai dan bahan tumbuk tadi ke dalam kuali.
  1. Hidupkan api dan biarkan.
  1. Kacau sedikit2.
  1. Setelah ayam sudah agak empuk dan santan tadi da mula kering sedikit, masukkan santan pekat, garam serta ajinamot. Dan biarkan.
  1. Sekiranya agak tawar, bolehlah masukkan garam lagi.
  1. Setelah siap, hidangkan.

Selamat mencuba ye kawan-kawan
Resepi yang sangat mudah.
^_^


5 Jun 2013 - Hari Mendebarkan


Assalamualaikum

HAri ini nak menceritakan hari mendebarkan buat aku...
5 jun 2013...tarikh yang ditunggu-tunggu.
penuh debaran, penuh kerisauan, dan penuh kebimbangan..
You know what, tarikh itu aku telah berjanji dengan en.boyfriend untuk pergi ke rumah family dia dekat Kluang.
First time tu.......serius takot sangat.
macam-macam perkara yang berlegar2 di ruang kotak fikiranku...
kadang-kadang takot pulak untuk memikirkannya.
cewahhh!!
tapi kan, sampai bila tak pergi rumah family dia kan?
xboleh macam tu...kita dah berkawan lama, seganlah kalau tak jumpa family.
betol x saudara dan saudari??
tak apa, ika berani...ika kuat.
come on ika...jangan takot.

doakan saye ye kawan-kawan.
Semoga everything will be okay.
Amin.

My Friend's Engagement


Assalamualaikum semua...

Okeyh..hari ini mood nak menaip datang lagi...
ditambah dengan line yang tidak slow ni, rasanya memang masa yang sesuai sungguh...
hahaha :)
okeyh, semalam aku dah cerita pasal majlis kahwin my cousin.
now, tiba masa pulak untuk aku nak cerita pasal majlis tunang member aku.
actually, aku bersyukur dapat kawan dengan dia...
sebab aku ini memang jarang dapat member lelaki..
lagi2 yang rapat.
memang susah bebs.
lagipun orangnya sporting...gila-gila.
so, aku boleh layan dengan dia ini.
aku kenal dia pon daripada my BFF aku.
dahulunya mereka berdua ini couple tapi mungkin tidak ada jodoh antara mereka.
walaupun begitu, aku tetap kawan dengan si dia ini.
kawan still kawan..betol tak?

time tu, aku datang majlis dia with en.boyfriend.. ^_^
en.boyfriend pon dah jadi member baik dia...haahha.
tak sangka betol.
time datang tu, malangnya tidak dapat masuk ke rumah sebab dah penuh dengan rombongan keluarga si dia ini.
so, aku duduk dekat tempat ruangan makan di luar, berhadapan dengan swimming pool.
peh, bila tengok swimming pool tu macam nak terjun je rasa. ^_^
maklumlah, dah lama tak berenang...serius, memang gian habis.
kebetulan pula, member aku si elika dengan istillah ada datang juga.
dapat jemputan jugak lah..hehehe.
so, borak2 la sampai lebam.
then, rombongan keluar pastu kitorang pon makan hidangan yang disediakan.
lepas kedebang kedebung, kami pun balik.

sebelom balik, sempat snap pic dengan tunang member aku ini..
hehehe ^_^


p/s > selamat bertunang ye buat kamu berdua...jagalah hubungan dan semoga kekal ke jinjang pelamin. Amin.

My Cousin's Wedding 2


Assalamualaikum...

kembali aku nak berbual bicara di blog ini.
Rasanya sudah agak lama tidak update blog.
Ini semua gara-gara line broadband yang tersangatlah slow...
macam kura-kura...Hehe.
Geram jugak dibuatnya..
So, kesempatan ini..aku terpaksalah post banyak2 tajuk.
Lagipun, memang banyak benda nak kongsikan dekat sini.
Sementara line tengah okeyh ini kan, baik ambil peluang yang ada...Haha.

11 Mei 2013
So, hari ini tetiba aje nak cerita pasal wedding my cousin lagi sorang ini.
Actually, pakcik aku ini kahwin lain. So, si dia ini merupakan anak kepada isteri pakcik aku.
So means anak tiri pakcik aku lah.
Rasanya, still boleh panggil cousin jugak kan...betol tak?
As usual, kami berempat, ayah, mak dan adik aku pergilah kenduri kahwin cousin aku ni..
namenya Ika jugak...Hahaha.
Setibanya aku dekat sana, ramai jugak saudara-mara aku yang sudah sampai.
So, lepas makan kitorang duduk2 lah dulu.
memang tak ada benda nak buat sebab pakcik aku dah pakai orang 'kendarat' dia sendiri.
time boring duduk tu, aku dengan cousin aku memulakan aktiviti kami iaitu snap2...haha.
itu sudah tentu ye..
sementara pengantin tengah makan berdamai, kami snap la sekejap.
tapi sebelum itu kena mintak izin kt makcik aku dulu lah... ^_^



Actually, comel pelamin dia kan...huhu.

Lepas pukul 4 lebih, kami pon beredar pulang ke rumah masing-masing.

p/s > buat cousinku ika, selamat pengantin baru ye. Semoga kekal ke anak cucu dan selamanya.

I think sampai itu saje kot cerita aku pasal cousin aku kahwin ini.
Lepas ini nak cerita pasal member aku tunang pulak.
(em, byk sangat orang tunang...orang kahwin, aku je tak kahwin2 lagi...HAHA)

As-Salam semua.

Mee Hoon Goreng


Assalamualaikum semua


Pagi tadi terasa nak buat mee hoon goreng pulak. Actually, let me be honest, saya tak pernah masak mee hoon goreng. Seriusly, memang tak pernah dan tak tahu. Memang menu tu yang sangat senang tapi hakikatnya, saya memang tak pandai buat sebab tak pernah buat. Hari ahad lepas, makcik dengan nenek saya datang rumah. So, my mom buat mee hoon goreng. Then time tu, saya tolong daripada A sampai Z. So, sebab itu la saya dah boleh ingat resepinye. hahhaha...kelakar kan. Actually kalu sebelom ini, saya tolong sikit2 je. sebab tu tak masuk kepala. :P


So, disini saya nak kongsikan resepinya pada semua...okeyh!!


MEE HOON GORENG (separuh bungkusan)


Bahan-bahan tumis :
  • 1 Bawang Besar
  • 2 or 3 Bawang Putih
  • Lada kering (1 gengam)
  • Ikan Bilis ( saya tak pakai udang kering, nanti gatal)
Bahan Lain-lain :
  • Mee Hoon (1/2 bungkus) - rendam dengan air biasa.
  • Ayam (potong kecil-kecil)
  • Fish Cake (bergantung nak berapa banyak) - potong menyerong
  • Taugeh
  • Kobis ( masa ini kat peti sejuk tak ada sawi, so pakai la kobis)
  • 1 biji limau kasturi
* Kalau anda suka lagi banyak bahan, bolehlah masukkan udang, sotong or kerang. Dan untuk sayur pulak, anda boleh tambah tomato.


Cara Memasak :
  1. Blender bahan tumis tadi
  2. Masukkan minyak masak, then masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil tadi. Selang beberapa minit, masukkan fish cake.
  3. Kemudian, masukkan bahan tumis yang diblender tadi dan gaul sikit-sikit. Biarkan.
  4. Setelah berapa lama, masukkan garam, ajinamoto dan 1 1/2 sudu gula.
  5. Kemudian, masukkan kobis.
  6. Selang berapa saat, masukkan mee hoon yang telah direndam itu.
  7. Gaul bahan-bahan itu semua.
  8. Selang 1 minit, masukkan taugeh.
  9. Gaul lagi. Kemudian, masukkan perahan limau kasturi.
  10. Setelah siap, rasa dan kalau agak tawar, bolehlah tambah garam lagi. Lastly, setelah siap, hidangkan.



Amat mudah. Selamat mencuba. ^_^

Ubat Resdung


Assalamualaikum buat pembaca diluar sana..

Hari ini admin nak berkongsi mengenai 1 ubat...buat pengetahuan semua, admin memang mempunyai penyakit resdung. Admin perasan yang admin start kena resdung ini sewaktu admin berada di semester 2 time belajar dulu. Kalau tak silap admin, masa itu tahun 2010. Cuba bayangkan, dah 3 tahun lebih admin bertarung dengan penyakit resdung ini. Seriusly, memang rasa seksa sangat-sangat. Tiap pagi kena bersin, hidung berair, mata dengan hidung gatal-gatal, banyak lagilah. Masa itu, admin langsung tak ada makan ubat apa-apa. Sekarang ini, baru nak berjinak-jinak untuk mencari ubat resdung ini. Yelah, resdungkan boleh membawa bahaya. Yang paling takut sekali, resdung ini boleh menjadi kanser jika dibiarkan. Ish, seram. Sebab itulah, admin cepat-cepat nak cari ubat resdung ini.

Admin selalu tengok ada rawatan resdung asap yang buang lendir hingus itu. Actually, admin memang tak pernah cuba. Admin ini seorang yang penakut. Tapi, dalam takut-takut jugak, admin pernah cuba rawatan resdung asap yang tak keluarkan lendir hingus tapi dia just keluarkan hama resdung. Rawatannya bernilai Rm30.00 untuk satu kali sesi. Tapi itu mengikut kepada harga yang kedai itu tawarkan. Setiap peniaga, lain harganya. Kadang-kadang ada yang bernilai Rm40.00 atau RM50.00 untuk satu kali sesi bagi rawatan asap hama atau asap lendir. Untuk rawatan asap hama ini memerlukan banyak sesi. Itu daripada apa yang peniaga kedai yang admin pergi itu. Seriusly, admin memang tak mampu nak buat rawatan begini. Kadang-kadang admin rasa membazir pulak. Tapi, itu semua bergantung kepada individu masing-masing. Kalau anda ada duet, bolehlah buat rawatan asap ini. Rawatan ini memang ada dimana-mana sahaja. Jangan risau. ^_^

Okeyh, sekiranya anda takut atau tidak mempunyai bajet yang besar untuk mengubati penyakit resdung ini, bolehlah cuba ubat resdung Al-Taqwa Resdung atau Mujarab Resdung Plus. Ubat ini berbentuk kapsul. Admin dapat tahu mengenai ubat ini melalui facebook. Cuba lihat gambar dibawah:

 

Ini dia ubatnya..Apa perbezaan antara kedua-dua ubat ini? Actually, ubat Mujarab Resdung Plus yang berwarna oren ini lebih sesuai untuk pesakit resdung pada tahap biasa. Manakala Al-Taqwa Resdung ini pula untuk pesakit resdung pada tahap yang teruk. Kedua-dua ubat ini sangat bagus. Admin pula makan ubat Al-Taqwa Resdung sebab penyakit resdung admin sangat teruk rasanya. Admin baru makan 4-5 biji...so, nak kata perubahan tu, admin tidak tahu sebab admin tak perasaan. Tapi my mom said, admin dah kurang bersin. Peniaga yang jual ubat ini pon kata, actually dalam seminggu kita dah boleh nampak perubahannya. So, admin akan sentiasa bersabar. Demi kesihatan, admin sanggup lakukan apa sahaja. Tak salah jika kita mencuba. Betol tak??



Bengang


Assalamualaikum...

hari ini tetiba je nak kongsi kebengangan aku pada semua sekian yang ada..
Ini semua gara-gara en.boyfie...
semalam pergi keluar dengan si dia..
kitorang plan nak beli cincin...
(wau, cincin??)
express cik ika ni kan..
hahaha...actually si dia nak beli awal dulu...tapi rancang tunangnya tahun depan..
lambat lagilah..okeyh.haha.
kebetulan sekrang ini, emas tengah turun harga...
serius!! rugi kalau tak beli..
so, sebab itulah en.boyfie nak beli awal2...^_^
nanti emas dah naik harga, banyak susah ooo...haha.
masa tengah tengok2 kat kedai tu, ya Allah..memang ramai orang.
Staf kedai tu pon tak cukop orang.
lepas da tunggu lama sambil tengok2 daripada meja kaca tu...
aku pon suruh si dia tunggu kejap...
aku nak merayap pergi jalan2 kejap.
nak tengok kalau2 ada lagi x kedai emas kt deret situ..
so, lepas aku balik semula kt kedai tadi,
en.boyfie dah marah2 aku.
dia cakap aku ini merayap mana je...
sebab tadi dah ada staf datang...pastu kebetulan orang tak ramai kat situ...
so, si dia marah lah...time tu orang lain dah datang pulak...
dah jadi ramai sikit...
mestilah si dia marah...panas hati.
tapi yang buat aku bengang ni, si dia tu marah aku sampaikan ada sorang customer ni perasan.
bengang sey...budak pompuan tu asyik tengok je aku..
mana tak malu..so, time tu.....aku teros dah xde mood nak tengok cincin...
hati dah xde dah nak tengok cincin ni semua...xde perasaan dah.
tapi, aku still buat relax je...takot pulak budak tu perasan.
so, control jelah.
last2, lepas dah pilih dan bayar...ktorg pon jalan.
dan en.boyfie mintak maaf kat aku...^_^
hahaha...cute pulak mase tu..
em, apa yang da lepas biarkan lepas...
apa pon, aku tetap sayang dia...cewah!!


ok semua...itu je nak cerita.
maaflah kalau aku ni terlalu open pulak sampaikan nak cerita benda2 cenggini.
tapi nak buat cam mana...blog ni da macam dairi aku lah..
so, apa aku kesah...betol tak?
hahaha...
wassalam semua.

My Cousin's Wedding


Assalamualaikum abg2, kakak2 dan adik2 yang cantek2 dan molek2.

Hai...dah lama rasanya tak update blog ni...
dah berhabuk dan bersawang dah ni..haha.
apa pon tak boleh.
em,hari ahad aku pergi majlis kahwin cousin aku.
namanya Bujal..anak mak long aku.
lain kan nama dia? actually itu memang nama sedara-mara panggil dia..
reasonnya tak tahu lah kenapa..haha.
okeyh..fokus pada cerita tadi, aku dengan family gerak hari jumaat malam sabtu.
pergi awal sikit sebab sabtu tu untuk majlis pihak belah perempuan.
kita orang kena hantar rombonganlah.
so, malam sabtu tu, familyku tidur rumah nenek kat kampung dulu.
dah lama tak datang..sejak raya tahun lalu.
lepas itu, lewat tengahari sabtu, barulah pergi ke rumah maklong then teros ke rumah pengantin perempuan.
em, agak grand jugak lah majlis belah perempuan.
10 kanopi...gila xbanyak. hahaha.
makanan pon sedap2 jugak.
lepas tu, kami semua pon balik...

sudut pemandangan daripada rumah maklong aku

em, malam ahad tu family aku tido plak kat rumah maklong aku..
yelah, hari ahad kan majlis belah lelaki pulak...
ofcos lah kena tido rumah maklong aku..
lagipon, my mom telah ditugaskan untuk menjadi chef makan damai nanti..
macam orang kuat bhgian2 dapur la gitu...haha.
so, malam ahad xde buat apa sangat...
just tolong pasang telur dekat bunga pohor...
lebih kurang gitu lah sebutannya...xtau lah betol ke salah ejaannya. ^_^
then bla bla bla....kami pon tido. (haha..poyo. tido pon nak cerita)
after that, pagi ahad tu, aku terbangun awal pulak sbb resdung ni menyerang...
maybe sbb bukak kipas kuat sangat kot.
serius!! aku memang tak boleh sejuk sgt time tido..nanti mula lah ulat2 resdung ni menari2 kat hidung aku...HAHA.
so, pagitu...mulalah operasi untuk masak makan damai.
aku ditugaskan untuk potong2 bahan2..
haha...cewah. cam poyo pulak rasenye.
lepas tu wat wrapping..then lepas siap, apa lagi...get ready lah.
pakai baju cantek2...nanti kang tetamu dah datang, xkan tak siap lagi kan.
(cehhh...macam kita pulak nak sanding...haha)
lepas tu...tak ada buat benda sangat.
lagipon maklong aku ni guna khidmat katering...memang senang sikit.
rumah pon xberselerak sangat.
actually, itulah yang selalu orang buat sekarang.
pakai katering je...mudah, senang...tak pening kepala...
betol tak?
lepas tu, rombongan pengantin berarak pon tiba...

time ni lepas pihak belah perempuan balik...snap la hobi kami.
(mereka berdua ni cousin aku...tapi bawah umur la)
terasa diri ini dah tua...haha.

lepas kedebang kedebung...majlis pon selesai.
syukur alhamdulillah. Selamat jugak majlis kahwin cousinku.
petang tu, masing2 kemas sikit2, then bungkus makanan..
lepas tu balik...^_^

kedua mempelai

p/s > buat bujal a.k.a cousinku, selamat pengantin baru diucapkan kepada kamu berdua. semoga dipanjangkan jodoh, dikurniakan anak soleh dan solehah dan bahagia hingga ke akhirnya. Amin.

malas nak cerita panjang lebar...mood nak menaip tak ada
pape pon, thanks sudi baca.
Assalamualaikum.

 
♥ Copyright © 2014 ♥